Thursday 15 December 2011

SEJARAH SK. (FELDA) SUNGAI KOYAN

Sekolah Kebangsaan (Felda) Sg Koyan atau nama ringkasnya SK (Felda) Sg Koyan, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Ketualang,Felda Sungai Koyan 1, Raub, Pahang Darul Makmur.

Sekolah ini telah dibuka selepas sepuluh tahun perkampungan FELDA Sungai Koyan diterokai iaitu pada 3 Januari 1972. 

Pada awal pembukaannya, bangunan sekolah hanya terdiri daripada dua buah bilik pejabat FELDA dan sebuah garaj kereta di mana ianya digunakan sebagai bilik pentadbiran dan bilik darjah. Manakala kerusi dan meja di pinjam daripada sekolah-sekolah sekitar daerah Raub. Ketika itu hanya empat orang sahaja kakitangan dan guru.

Sehingga pada 14 Ogos 1972, sebuah bangunan perintis dibina sebagai permulaan sekolah dinaiktaraf selaras dengan perkembangan pembagunan Negara serta pertambahan komuniti di sekitarnya.

Menjelang tahun 2001, SK (FELDA) Sungai koyan menerima peruntukan RM 1.7 juta bagi membina bangunan berkembar seiring dengan arus pemodenan Negara yang mewujudkan negara berteknologi maklumat. Maka, sebuah Makmal Komputer dibina pada 24 September 2003 bagi menerapkan ilmu teknologi maklumat kepada semua pelajar agar tidak tercicir dalam mengenai ICT.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (Felda) Sg Koyan memiliki 295 pelajar lelaki dan 313 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 608 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...