Thursday 15 December 2011

BIDANG TUGAS

SENARAI TUGAS GURU PRASEKOLAH.

Bertanggungjawab Kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Panitia Dalam Membantu Merancang, Menyelaras, Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara Berikut:

PENGURUSAN PRASEKOLAH

A. PENGURUSAN KURIKULUM PRASEKOLAH
1) Menyediakan Rancangan Tahunan.
  • Terima panggilan mesyuarat/bengkel dari PPD
  • Hadir mesyuarat / Bengkel
  • Mengadakan perbincangan untuk memilih dan menyusun jadual awal dan akhir tahun.
  • Mengadakan perbincangan untuk memilih dan menyusun tema
  • Memilih dan menyusun Hasil Pembelajaran berdasarkan KSPK
  • Merancang cadangan aktiviti berdasarkan SP dan Tema
  • Cetak dan bukukan - 1 salinan dihantar kepada PPD dan 1 salinan kepada Guru Besar 

2) Menyediakan Rancangan Harian.
  • Menyediakan rancangan pelajaran harian berdasarkan jadual waktu.
  • Merancang aktiviti dan teknik pengajaran dan pembelajaran berdasarkan SP dan tema.
  • Membina BBM yang sesuai.
  • Menyediakan lembaran kerja.
  • Cetak dan failkan rancangan pelajaran harian.
  • Hantar Rancangan Pelajaran Harian (RPH) kepada GB untuk semakan dan pengesahan.

3) Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Prasekolah.
  • Menjalankan set induksi
  • Melaksanakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang.
  • Memberi latihan berdasarkan kemahiran yang diajar
  • Menilai keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap murid.
  • Membuat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan
  • Membuat refleksi.

4) Membuat Penilaian Murid.
  • Mengenalpasti murid yang hendak dinilai
  • Memerhati perlakuan / tingkahlaku murid
  • Menentukan jenis rekod
  • Membuat catatan dan melengkapkan rekod
  • Kemaskini rekod
  • Simpan dalam fail peribadi murid

B. PENGURUSAN KOKURIKULUM
1) Merancang Takwin Tahunan.
  • Terima takwim sekolah, daerah dan negeri.
  • Membina takwim tahunan Prasekolah selaras dengan takwim sekolah, daerah dan negeri.
  • Memurnikan takwim yang dibina.
  • Cetak dan pamerkan di papan kenyataan kelas.
  • Hantar salinan kepada Pengetua/Guru Besar, PPD dan JPN.
  • Melaksanakan aktiviti yang dirancang.
  • Membuat laporan aktiviti yang telah dilaksanakan dan hantar ke PPD.

2) Pengurusan Sukan & Motivasi Murid.
  • Terima arahan dari PPD/GB/GPK Kokurikulum.
  • Hadir mesyuarat penetapan syarat dan peraturan pertandingan di peringkat PPD.
  • Mesyuarat penetapan syarat dan pertandingan di peringkat PPD.
  • Buat perlantikan jawatankuasa pelaksana.
  • Penyediaan murid-murid mengikut acara yang dipertandingkan
  • Melaksanakan aktiviti yang dirancang
  • Mesyuarat penambahbaikan

3) Merancang dan melaksanakan Aktiviti Rekreasi.
  • Menubuhkan jawatankuasa lawatan.
  • Merancang tempat dan tarikh lawatan.
  • Mendapatkan maklumat terperinci tentang tempat yang hendak dilawati.
  • Memohon kebenaran membuat lawatan dari JPN/PPD.
  • Memberi taklimat kepada ibu bapa .
  • Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga .
  • Menghantar surat makluman ke tempat lawatan .
  • Menguruskan pengangkutan .
  • Membuat lawatan.
  • Menyediakan laporan dan dokumentasi .

C. PENGURUSAN MURID.
1) Permohonan kemasukan murid ke kelas prasekolah.
  • Menerima surat arahan daripada PPD.
  • Mengiklankan pengambilan murid.
  • Memperbanyakkan dan mengedar borang permohonan.
  • Merekod borang permohonan yang dikembalikan.
  • Memproses borang permohonan selepas tamat tarikh tutup permohonan.
  • Menyerahkan borang permohonan kepada jawatankuasa pemilihan.
  • Menghadiri mesyuarat jawatankuasa pemilihan.
  • Menghantar surat jawapan kepada ibu bapa.
  • Hantar laporan kepada PPD.

D. PENGURUSAN PRASARANA.
1) Mewujudkan suasana kelas yang kondusif.
  • Menyenaraikan pusat pembelajaran yang perlu diwujudkan.
  • Menyediakan pelan lantai kelas prasekolah.
  • Membuat susun atur perabot dan peralatan di setiap pusat.
  • Melabelkan pusat-pusat pembelajaran.
  • Menyediakan risalah tentang peralatan dan fungsi setiap pusat pembelajaran.
  • Memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan setiap pusat pembelajaran.

2) Mewujudkan persekitaran pembelajaran luar bilik darjah yang selamat.
  • Menyenaraikan lokasi untuk P&P di luar kelas prasekolah.
  • Menetapkan lokasi setiap kawasan P&P yang dirancang.
  • Memastikan semua peralatan di kawasan luar kelas berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.
  • Melaporkan kerosakan kepada pihak pentadbir.
  • Melabelkan semua peralatan.

E. PENGURUSAN KEWANGAN.
1) Membuat anggaran perbelanjaan peruntukan prasekolah.
  • Menyenaraikan semua barang keperluan.
  • Membuat nota minta.
  • Berbincang dengan GB.
  • Mengisi borang pesanan.
  • Terima barang dan rekod dalam buku stok.

2) Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM Peruntukan Tahunan Prasekolah)
  • Peruntukan berdasarkan takwim/program prasekolah
  • Berbincang dengan Guru Besar
  • Membuat pembentangan ABM dalam Mesyuarat Pengurusan Prasekolah  di peringkat sekolah
  • Menyimpan salinan ABM , satu salinan di pejabat dan satu salinan di sekolah

3) Penyelenggaraan kelas prasekolah.
  • Memeriksa peralatan di luar dan dalam kelas prasekolah dari semasa ke semasa.
  • Menyenaraikan peralatan yang rosak.
  • Menyediakan laporan kerosakan.
  • Hantar laporan kepada pihak pentadbir.
  • Simpan di dalam fail sebagai rekod.

F. PENGURUSAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID.
1) Pembimbing Pembantu Pengurusan Murid.
  • Menerima senarai tugas PPM daripada GB.
  • Memberi penerangan tentang tugas dan tanggungjawab kepada PPM.
  • Membimbing PPM untuk melaksanakan tugasnya.
  • Memastikan PPM melaksanakan tugasnya dan menyemak laporan tugasan harian PPM.
  • Mengesahkan tugas yang telah dilakukan oleh PPM.

2) Merancang Menu.
  • Menyenaraikan cadangan menu harian bersama PPM.
  • Menyusun jadual menu.
  • Menyediakan resepi menu yang dipilih sebagai rujukan PPM.
  • Serah resepi yang lengkap pada PPM.
  • Pamerkan menu di tempat yang sesuai.

G. PENGURUSAN HUBUNGAN KOMUNITI.
1) Menguruskan Hari Terbuka.
  • Merancang Hari Terbuka Prasekolah mengikut takwim sekolah.
  • Memberi arahan kepada PPM untuk menyediakan surat makluman kepada ibu bapa.
  • Berbincang dengan ibu bapa tentang perkembangan murid.
  • Menyerahkan buku rekod profil murid kepada ibu bapa untuk ditandatangani.
  • Simpan buku rekod profil yang dikembalikan oleh ibu bapa.

BIDANG TUGAS UMUM
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa oleh Pengarah Pelajaran, Timbalan Pengarah Pelajaran, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Raub, Unit Prasekolah dan Guru Besar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...