Friday 16 December 2011

PERUNTUKAN PRASEKOLAH

BANTUAN PRASEKOLAH KPM


Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan dua jenis bantuan kepada murid prasekolah iaitu :-


  1. Bantuan Kewangan Makanan Murid Prasekolah.
  2. Bantuan Per Kapita (PCG) Murid Prasekolah.


Bermula tahun 2011, satu bantuan tambahan bagi murid prasekolah iaitu Bantuan Peruntukan Kokuria Prasekolah.


A) PERUNTUKAN BANTUAN MAKANAN MURID PRASEKOLAH
Peruntukan bantuan makanan bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM1.80 seorang murid sehari. Bantuan makan ini hanya boleh dibelanjakan bagi membekalkan makanan berkhasiat kepada murid prasekolah sahaja.

Peruntukan Bantuan Makanan yang diperlukan bagi seorang murid adalah sebanyak RM360.00 setahun (RM1.80 X 1 murid X 200 hari) dan bagi sebuah kelas seramai 25 orang murid, peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM 9000.00 setahun (RM360.00 x 25 murid x 200 hari).

Pengiraan Peruntukan Bantuan Makanan ;
Jumlah Murid Satu Kelas Prasekolah (Maksimun) = 25 orang.
Jumlah Hari Persekolahan Setahun = 200 hari.
Jumlah Peruntukan Bantuan Makanan Seorang Murid = RM 1.80.
Jumlah Peruntukan Bantuan Makanan Setahun Satu Kelas Prasekolah ;
                = 25 orang x RM 1.80 x 200 hari.
                = RM 9000.00

Formula Kiraan ;
Jumlah Peruntukan Bantuan Makanan Setahun Satu Kelas Prasekolah =
Jumlah Murid x Jumlah Hari Persekolahan (200 hari) x Jumlah Peruntukan Bantuan Makanan(RM1.80)/murid

Saluran Peruntukan ;
  • Makanan hendaklah disediakan oleh sekolah di atas kadar RM 1.80 sehari bagi setiap murid. Rujuk Pekeliling Kewangan Bil.6 Tahun 2002 : Perkara 3.1
  • Tuntutan hendaklah dibuat sekali setahun sebagaimana yang telah ditetapkan.
  • Menguruskan peruntukan pembelian makanan tambahan /bekalan bahan –bahan makanan dan minuman mengikut tatacara kewangan yang ditetapkan
  • Makanan mestilah seimbang dan mengikut menu.
  • Minuman yang mengandungi bahan pewarna adalah dilarang.
    B) PERUNTUKAN BANTUAN GERAN PER KAPITA (PCG)
    Manakala bantuan geran per kapita (PCG) setahun bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM100 seorang murid setahun. Peruntukan yang disediakan oleh KPM bagi sebuah kelas adalah sebanyak RM2,500.00 setiap kelas setahun (RM100 X 25 murid X 1 kelas). 

    Pengiraan Peruntukan Geran Per Kapita (PCG) ;
    Jumlah Murid Satu Kelas Prasekolah (Maksimun) = 25 orang.
    Jumlah Peruntukan Bantuan PCG Seorang Murid = RM 100.00.
    Jumlah Peruntukan Bantuan PCG Setahun Satu Kelas Prasekolah ;
                    = 25 orang x RM 100.00.
                    = RM 2500.00

    Formula Kiraan ;
    Jumlah Peruntukan Bantuan PCG Setahun Satu Kelas Prasekolah =
    Jumlah Murid x Jumlah Peruntukan Bantuan PCG (RM100.00)/murid

    Saluran Peruntukan ;
    Bantuan ini digunakan bagi membeli peralatan dan bahan habis pakai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, tujuan penggantian dan penyelenggaraan peralatan permainan, pembelian bahan rujukan dan sumber murid dan mengadakan aktiviti di luar bilik darjah.
    • Bantuan perkapita (PCG) akan diberi pada kadar RM 100 bagi setiap kanak-kanak setahun.
    • Rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002 - Lampiran B - Perkara A dan Lampiran C - Jadual 1.
    • Penggunaan wang perkapita adalah untuk pengurusan dan pentadbiran hal-hal berkaitan pembelajaran prasekolah sahaja.
    • Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
    • Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
    • Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape/CD dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
    • Program lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
    • Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.
    • Menguruskan peruntukan tambahan bagi aktiviti prasekolah mengikut aturan dan peraturan kewangan.
    • Sumber tambahan boleh menggunakan mana-mana wang peruntukan bantuan lain/SUWA sekolah untuk keperluan kelas prasekolah jika perlu.
    • Tiada yuran dikenakan ke atas murid prasekolah.

    C) PERUNTUKAN BANTUAN KOKURIA PRASEKOLAH
    Manakala bantuan kokuria prasekolah setahun bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM25 seorang murid setahun. Peruntukan yang disediakan oleh KPM bagi sebuah kelas adalah sebanyak RM 625.00 setiap kelas setahun (RM 25 X 25 murid X 1 kelas). 

    Pengiraan Peruntukan Kokuria Prasekolah ;
    Jumlah Murid Satu Kelas Prasekolah (Maksimun) = 25 orang.
    Jumlah Peruntukan Bantuan Kokuria Seorang Murid = RM 25.00.
    Jumlah Peruntukan Bantuan Kokuria Setahun Satu Kelas Prasekolah ;
                    = 25 orang x RM 25.00.
                    = RM 625.00

    Formula Kiraan ;
    Jumlah Peruntukan Bantuan Kokuria Setahun Satu Kelas Prasekolah =
    Jumlah Murid x Jumlah Peruntukan Bantuan Kokuria (RM25.00)/murid

    Saluran Peruntukan ;
    Bantuan ini digunakan bagi membantu dalam pengurusan aktiviti kokuria prasekolah seperti sukan, karnival pendidikan, graduasi, karnival bijak bahasa serta aktiviti luar bilik darjah seperti lawatan, proKAS dan sebagainya.

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...