Monday 26 December 2011

PENGURUSAN MURID


CARTA ALIRAN KERJA PROSES PENAWARAN DAN PENGAMBILAN MURID PRASEKOLAH

BIL.
PERKARA
TARIKH
TINDAKAN
1
Mengeluarkan iklan kemasukan murid
01-30 OGOS
SEKOLAH
2
Menerima dan memproses borang permohonan
01-15 SEPTEMBER
SEKOLAH
3
Mesyuarat Panel Pemilihan
16-30 SETEMBER
SEKOLAH
4
Menghantar senarai nama murid yang terpilih ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk kelulusan
01-15 OKTOBER
SEKOLAH
5
Pejabat Pelajaran Daerah mengeluarkan senarai nama murid yang diluluskan penempatan
16-31 OKTOBER
PPD
6
Mengeluarkan surat jawapan / tawaran dan pengesahan kepada ibu bapa / penjaga
01-15 NOVEMBER
SEKOLAH
7
Mengadakan taklimat / mesyuarat bersama ibu bapa / penjaga
16-30 NOVEMBER
SEKOLAH
8
Mengadakan Hari Orientasi kepada murid prasekolah
SEBELUM HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
SEKOLAH

1. Kemasukan murid.
  • Mengeluarkan iklan kemasukan.
PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) SUNGAI KOYAN
TAHUN 2012

PERMOHONAN INI TERBUKA KEPADA KANAK-KANAK WARGANEGARA MALAYSIA YANG LAHIR PADA TAHUN 2006 DAN TAHUN 2007

KEPADA IBU BAPA / PENJAGA YANG BERMINAT, SILA DAPATKAN BORANG PERMOHONAN DI PEJABAT SEKOLAH PADA WAKTU BEKERJA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
30 SEPTEMBER 2011
  • Menyediakan dan mengeluarkan borang permohonan kepada ibu bapa/penjaga.
  • Menerima dan memproses borang permohonan.
  • Mengadakan mesyuarat pemilihan oleh panel pemilih.
  • Kriteria-kriteria pemilihan murid.
  • Menyediakan senarai nama murid yang terpilih dan dihantar ke PPD untuk diluluskan.
  • Mengeluarkan surat jawapan dan tawaran kepada ibu bapa dan penjaga untuk tujuan pengesahan kemasukan murid.
Mengadakan taklimat kepada ibu bapa dan penjaga berkaitan perkara-perkara berikut:-
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Akta dan dasar-dasar Pendidikan.
  • Pengurusan masa
  • Pengurusan kewangan dan sumbangan.
  • Pakaian seragam.
  • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum.
  • Peraturan-peraturan.
  • Penglibatan dan kerjasama ibu bapa/penjaga.
  • Perlantikan AJK Prasekolah diperingkat sekolah.
Mengadakan orientasi kepada murid sebelum hari pertama Persekolahan berkaitan perkara-perkara berikut:-
  • Suaikenal antara guru, ibu bapa/penjaga dan murid.
  • Melawat persekitaran kelas (luar dan dalam).
  • Menerangkan tempoh masa pembelajaran.
  • Menerangkan peraturan dan disiplin.
  • Penggunaan alatan permainan.
2. Kriteria pemilihan kemasukan murid prasekolah.

1. Warganegara.

2. Kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun.
Contoh : Kanak-kanak yang dilahirkan dalam tahun 2000 bagi kemasukan tahun 2006).
Jika ada kekosongan, kanak-kanak yang dilahirkan dalam tahun 2001 boleh diterima.

3. Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada kanak-kanak yang pendapatan ibubapa penjaga seperti berikut:-
  • RM 350.00 ke bawah.
  • RM 351.00 hingga RM 500.00.
  • RM 501.00 hingga RM 750.00.
  • RM 751.00 hingga RM 1000.00.
  • RM 1000.00 dan ke atas.
*** Nota : Kadar pendapatan berubah mengikut lokasi.

4. Tanggungan (bilangan anak) hendaklah juga diambil kira.

5. Ibu bapa/penjaga hendaklah membuat permohonan menggunakan borang yang boleh didapati di sekolah apabila iklan permohonan dikeluarkan.

6. Pemilihan hendaklah dibuat oleh Panel Pemilihan Murid Prasekolah yang terdiri daripada :
  • Guru Besar (Pengerusi).
  • Guru Penolong Kanan.
  • Guru Prasekolah.
  • Wakil PIBG.
  • Wakil PPD.
***Nota : Tertakluk kepada kesesuaian (Pemimpin Setempat).

7. Bilangan kanak-kanak untuk satu kelas di antara 10-25 orang.
Sila ambil ingatan : Kanak-kanak yang diterima hendaklah tidak melebihi 25 orang (Tiada murid menumpang).

8. Senarai murid yang terpilih untuk kemasukan kelas prasekolah hendaklah dihantar ke PPD untuk kelulusan.

9. Mengeluarkan surat jawapan dan tawaran kepada ibu bapa/penjaga murid yang terlibat untuk tujuan pengesahan penerimaan tawaran kemasukan kelas prasekolah.
  
3. Keselamatan.

1. Keselamatan diluar bilik darjah.
  • Semasa aktiviti permainan luar perlukan kawalan dan pemerhatian daripada guru dan pembantu sepanjang masa.
  • Pastikan semua alatan sesuai dan selamat digunakan.
  • Alatan yang rosak perlu dibaikpulih atau diselenggara.
  • Tidak menggunakan alatan yang tajam dan merbahaya.
  • Membuat laporan segera kepada pihak pentadbir apa-apa alatan yang rosak dan kemalangan yang berlaku.
  • Kawasan berumput sentiasa dijaga.
  • Semua longkang bertutup.
2. Keselamatan di dalam bilik darjah.
  • Menggunakan alatan yang sesuai dan tidak merbahaya.
  • Kawalan dan pemerhatian sepanjang masa khususnya dalam aktiviti kumpulan.
  • Pastikan semua peralatan elektrik tidak rosak dan selamat digunakan.
  • Peralatan tajam seperti pisau, gunting dan lain-lain perlu dikawal dan disimpan di tempat yang selamat atau berkunci.
3. Keselamatan di tandas.
  • Lantai sentiasa bersih dan tidak berlumut atau licin.
  • Paip air, sinki dan pam tandas berfungsi serta dalam keadaan baik.
  • Bahan-bahan pencuci bertoksik tidak disimpan dalam tandas.
  • Menggunakan alas kaki yang sesuai.
4. Keselamatan di luar kawasan sekolah.

Semasa menyertai aktiviti peringkat zon, daerah, negari dan lawatan.
  • Mempunyai surat kebenaran daripada ibu bapa dan penjaga.
  • Mempunyai guru pengring yang mencukupi (empat orang murid seorang guru).
  • Mematuhi segala peraturan dan prosedur lawatan yang telah ditetapkan (Rujuk kepada Pekeliling yang berkuatkuasa sekarang).
  • Ibu bapa murid juga boleh ikut serta dalam aktiviti luar kawasan sekolah.
  • Memilih tempat lawatan yang sesuai dan selamat.
5. Keselamatan ruang dapur dan tempat makan.
  • Gunakan peralatan dapur dan pinggan mangkuk yang tidak mudah pecah dan berkarat.
  • Peralatan dapur yang tajam seperti pisau, gunting dan lain-laian hendaklah disimpan ditempat yang selamat.
  • Pastikan kepala gas ditutup setelah selesai memasak dan pastikan tiada kebocoran berlaku.
  • Pastikan tempat makan sentiasa bersih dan kemas.
  • Pastikan alat pemadam api ada dan boleh berfungsi dengan baik.
6. Keselamatan stor.
  • Susun segala peralatan dengan kemas dan teratur.
  • Semua peralatan hendaklah dilabelkan.
  • Hanya guru dan pembantunya sahaja mengambil dan menyimpan peralatan di stor.
  • Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam stor kecuali bersama guru atau rekod penggunaan alatan.
  • Pastikan stor dikunci.
7. Keselamatan tanaman/pokok berduri atau beracun.
  • Pastikan tidak terdapat tanaman atau pokok yang berduri dan beracun ditanam dalam kawasan kelas prasekolah.
  • Pastikan pokok-pokok besar dikerat dahannya supaya tidak dipanjat oleh murid.
4. Kebajikan Murid.

1. Murid sakit atau demam.
  • Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid berkenaan.
  • Menghantar murid ke klinik untuk rawatan atau hantar balik ke rumah.
  • Hanya ubat sapu atau luaran sahaja dibenarkan.
  • Menyediakan tempat rehat atau bilik sakit.
2. Tidak hadir ke sekolah.
  • Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid berkenaan.
  • Menulis surat peringatan kepada ibu bapa atau penjaga murid berkenaan.
  • Minta kerjasama PIBG.
3. Murid bermasalah.
  • Memberi perhatian yang lebih kepada murid berkenaan (takut/malu/nakal/masalah kewangan).
  • Berjumpa dengan ibu bapa atau penjaga seberapa kerap yang boleh.
  • Kerjasama dan bantuan PIBG bagi mengatasi masalah kewangan.
  • Kerjasama pihak pentadbiran bagi menangani murid nakal.
5. Maklumat murid.
  • Menyediakan fail rekod peribadi setiap orang murid.
  • Menyediakan rekod perkembangan dan kemajuan murid.
  • Menyimpan contoh hasil kerja murid.
  • Menyediakan lembaran kerja dan buku latihan.
6. Sistem fail.
  • Menyediakan fail yang mengendungi rekod peribadi murid.
  • Menyediakan fail yang mengandungi rekod perkembangan dan kemajuan murid.
  • Menyediakan fail contoh hasil kerja murid (Fail-fail di atas boleh digabungkan dalam satu fail).
  • Buku latihan dan lembaran kerja diuruskan dengan kemas dan sistematik.
7. Peraturan.
  • Ibu bapa/penjaga hendaklah menghantar anak masing-masing 10 minit sebelum kelas bermula.
  • Murid-murid menyusun kasut di tempat yang dikhaskan.
  • Waktu belajar ialah selama 4 jam ( Contoh : 8.00 pagi hingga 12.00 tgh).
  • Selama tempoh belajar, murid tidak dibenarkan berada di luar kawasan kelas prasekolah kecuali bersama guru atau penjaga atas urusan tertentu.
  • Duduk dengan tertib di tempat makan. Dimulakan dengan doa (bagi yang beragama Islam) dan makan bersama-sama.
  • Selepas makan, cuci tangan dan gosok gigi serta menyusun semula segala peralatan yang digunakan.
  • Baca doa sebelum masuk dan keluar tandas.
  • Memakai las kaki yang disediakan semasa di bilik air atau tandas.
  • Menarik pam tandas selepas buang air.
  • Mematuhi arahan guru semasa aktiviti luar bilik darjah.
  • Memakai pakaian seragam seperti yang ditetapkan.
  • Menyusun dan mengemas peralatan yang digunakan semasa aktiviti kelas sebelum balik.
  • Ibu bapa/penjaga perlu menunggu 5 minit sebelum kelas tamat untuk membawa pulang anak-anak masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...