Monday 14 January 2013

PEMANTAUAN GURU INOVASI PRA SKSK

Tahun 2013 bermula la cabaran kami warga pra..

TAHNIAH!!..
kepada Guru Inovasi Prasekolah SK LKTP Sungai Koyan, 
CIK WAN HAFIZAH BINTI WAN HUSAIN...
kerana telah berjaya membentangkan inovasinya "TV TEMATIK" 
dengan cemerlang, gemilang serta berwawasan...

dan telah terpilih untuk meneruskannya ke peringkat seterusnya

Terima kasih juga kepada Pihak Sekolah yang banyak memberikan sokongan dalam menjayakan Projek Inovasi tersebut terutamanya kepada Pentadbir Sekolah, Cik Hajah Khadijah bt Mat Amin serta warga sekolah yang lain...

TIDAK LUPA juga... kepada 
GURU PRASEKOLAH (Puan Zalihatun dan Cik Nor Akma) 
&
PPM PRASEKOLAH (Puan Norlela, Puan Harina dan Cik Norazlina)
SK LKTP Sungai Koyan

Segala kerjasama yang diberikan amatlah berharga dan diucapkan terima kasih....

Pemantauan Inovasi dari JPN Pahang
AKU??.. hikhikhik... dok bergambo jer la.... tahniah Deq Wan... TERBAIK
Guru Inovasi SKSK : Cik Wan Hafizah bt Wan Husain

Sunday 13 January 2013

SEMOGA CEPAT SEMBUH IBU CIK NORAZLINA, PPM PRA WAWASAN

BERITA DIKETAHUI 

Salah seorang ibu PPM Pra SKSK iaitu CIK NORAZLINA telah dimaklumkan tidak sihat dan telah dimasukkan ke Wad Hospital Temerloh pada hari Ahad (13 Januari 2013) untuk rawatan selanjutnya.

SEMOGA Ina sekeluarga tabah menghadapi segala ujian daripada ALLAH SWT...
Kami di Prasekolah mendoakan agar ibu saudari cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala dan seterusnya membolehkan saudari menjalankan tugas semula... INSYAALLAH...

SABAR... itulah kunci keimanan...

Cik Norazlina bt Hassan, PPM Pra Wawasan
mula berkhidmat di SKSK bermula akhir tahun 2012

Thursday 10 January 2013

JOM MASUKKAN MAKLUMAT SMPK.. DAH MULA LA...

SMPK- Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan


Surat siaran mengenai SMPK telah diterima dengan rujukan surat JPNP.SPS.PRA.700-1/1/1(16) bertarikh 02 Januari 2013.

Sebaran maklumat mengenai SMPK Versi 2.0 di bawah inisiatif NKRA pendidikan tahun 2013 telah dinaiktaraf dan boleh dicapai melalui URL , http://www.smpk.my.

Semua jawatankuasa prasekolah peringkat sekolah diminta menyemak dan mengemaskini maklumat yang terdapat di dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) mulai 10 Januari 2013 (Khamis).

Segala masalah serta kesulitan mengenai SMPK tersebut bolehlah menghubungi Penyelia Prasekolah Daerah ATAU Encik Jafari bin Husain, Penyelia Prasekolah Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak Dan Prasekolah, JPN di talian 013-9382566.

Wednesday 9 January 2013

MESYUARAT PENGURUSAN PRA SKSK BIL.2/2013

Tarikh : 9 Januari 2013.
Hari : Rabu.
Tempat : Pra Cemerlang, SK LKTP Sungai Koyan
Pengerusi : Puan Zalihatun bt Sharifudin
Kehadiran :

     1. Puan Zalihatun binti Sharifuddin - Penyelaras/Guru Prasekolah Gemilang.
     2. Cik Nor Akma binti Mohd Ramli - Setiausaha/Guru Prasekolah Cemerlang.
     3. Cik Wan Hafizah binti Wan Husain - Bendahari/Guru Prasekolah Wawasan.
     4. Puan Norlela binti Abdullah - AJK/PPM Prasekolah Gemilang.
     5. Puan Harina binti Jambari - AJK/PPM Prasekolah Cemerlang.
     6. Cik Norazlina binti Hassan - AJK/PPM Prasekolah Wawasan.

AGENDA.

1.    Kata Alu-aluan Pengerusi Majlis.
2.    Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas.
3.    Perkara berbangkit :-
       - Program LINUS Prasekolah di peringkat Sekolah
       - Pengemaskinian murid 2013 di setiap kelas
       - SMPK 2013
4.    Perbincangan isu semasa :-
       - Barangan keperluan prasekolah 2013
       - Kewangan prasekolah 2013
5.    Hal-hal lain :-
       - Penyelenggaraan prasekolah
       - Kebocoran tangki air di Perluasan Prasekolah 2012

Mesyuarat kali ke-2

Perbincangan mengenai pengurusan prasekolah

Che eghu Ma tiada dalam gambar tapi masuk meeting tau!

Monday 7 January 2013

HAPY BIRTHDAY TO ME!!.. CHEEGU MA

7 January 2013

Wah!.. semalam birthday PPM ku.. Kak Ina..
 HAri ini plak.. Birthday sayer pula!!.. hihihi
Jom Kak Ina Celebrated bersama... hihihihi...
kite makan2 kecil kat pra eh!....

ALLAH selamatkan kamu.... 
ALLAH selamatkan kamu.... 
ALLAH selamatkan si budak Qerma...
ALLAH selamatkan kamu....

Amin.. INSYAALLAH...

Thank's a lot of all wished I've today.. xspecially to all my family... all my frenz... n.. so on....
Wish n hope--> all my sweet dream become true at one day.. who's know????
~ Believe it ~

Semua yang mengenali diriku...  mohon doakan ye!..yang baik2 ajer yer!.. 
Saya pun jua mendoakan kesejahteraan kamu ... INSYAALLAH....

Jom!!... Taun nie rejki mika2 yg dpt celebrated ngan aku la... 
erm... nak KEK..SO!.. I like Secret Recipe Cake... Let's GO!
Ermmmm... sedapnyerrrrr...

Cer teka?.. Secret Recipe mane nie??? SR di Kuala Lipis, Pahang
Erm... Kek ape nie erk?.. Sowey x ingat...
Deq Ja & Deq Wan dok teman aku... thanks.. sayang kamu!

Tue tgh pasang angan2 tue.... Hanya diriku dan Yang Maha Esa jer yg tahu...

YUMMIE!!
EpY BesT DAy To ME!!!

PEace YO!!!!...

Sunday 6 January 2013

HAPPY BIRTHDAY TO KAK INA, PPM PRA CEMERLANG SKSK

6 Januari 2013

Happy Birthday to Kak Ina... my PPM 
Luv u so much!!!... as a younger sister yo!...
Semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan....
Semoga kesihatan baik2 ajer dengan kandungan yang sihat...
dan...
Semoga Menjadi muslimah yang sejati..INSYAALLAH...

Kami semua warga prasekolah mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ye! Kak Ina...
Pesanan : Celebrated katne taun nie.????? Nak KEK.... hikhikhik

Bercuti bersama di Beijing, China..
Ni la PPM ku.. Puan Harina...
SOWEY.. xde plak picture da best day akak...
ESOK!!!.... hari ku pula...

Saturday 5 January 2013

MINGGU ORIENTASI PRA SKSK 2013

Tarikh : 2 Jan 2013 hingga 4 Jan 2013
Minggu 1 : Minggu Orientasi
Tempat : Prasekolah, SK LKTP Sungai Koyan, Lipis, Pahang
Sasaran : Murid Prasekolah - 75 orang

Antara kenangan manis orientasi prasekolah sesi 2013 ;
ALHAMDULILLAH... Tahun ini hanya seorang jer yg menangis..  yg lain OK.. GOOD!!
Jalan2 pusing sekolah SKSK.... 3 prasekolah kita lawat tau!...
Huhuhu.. It's ok... sekejap jer tue... pandai la kami nak conduct!...
Bagi main.. bagi diorang seronok2 dulu... hihihihi
Budak2 lelaki.. memang gemor ler ke LEGO...
Hah!.. jgn gaduh kalu x??.. Cikgu simpan semula permainan
Dating plak budak nie... hihihi
Team Musican : Adoiyai.. kumpulan pecah telinga dah mari... ponen kepala... LAyanzzz
Tu Dia!.. NI antara budak2 yg dah tunjuk KEHEBATANNYA... hah!.. kan dah kena denda!.. bleh SENYUM lg diorang nie... iskh!3x.... x garangkah aku???.... xpe2x.. bagi chance...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...