Thursday 15 December 2011

PEMANTAUAN

DEFINISI ; PEMANTAUAN
Memerhati, memeriksa dan mencerap perkembangan atau kemajuan sesuatu perkara, perkembangan sesuatu projek dan fenomena secara kerap serta teliti yang bertujuan untuk  mengawal, mencegah, memperbaiki, mengawasi, membuat pembetulan dan penambahbaikan.

DEFINISI ; PEMANTAU
Pegawai yang melaksanakan pemantauan secara individu atau berpasukan mengikut jadual/ perancangan.

DEFINISI ; INSTRUMEN PEMANTAUAN
Instrumen pemantauan yang digunakan untuk memantau pelaksanaan program yang disediakan oleh BPSH / JPN / PPD.

OBJEKTIF PEMANTAUAN
  • Memberi kesedaran kepada pentadbir tentang penyeragaman dasar prasekolah.
  • Mendapat maklumat yang tepat dan lengkap berkaitan program prasekolah di bawah NKRA.
  • Mendapatkan data pembekalan yang tepat dan mengikut spesifikasi.
  • Memupuk kesedaran tentang keselamatan fizikal dan prasarana prasekolah.
SKOP PEMANTAUAN
  • Pemantauan hari pertama persekolahan
  • Pemantauan pengurusan prasekolah
  • Pemantauan perolehan dan bahan prasekolah
  • Pemantauan pelaksanaan program anjuran KPM
  • Pemantauan pelaksanaan program yang melibatkan agensi luar (cth: IBM, Alam Sekitar, Anti-dadah, dll)
JUSTIFIKASI PEMANTAUAN
  • Memastikan matlamat NKRA bagi peluasan penyertaan murid 2010 tercapai.
  • Memastikan pembekalan mengikut spesifikasi yang ditetapkan (Cth: Bahan Bantu Mengajar, Peralatan ICT, Peralatan Permainan Luar) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Memastikan keselamatan peralatan dapur dan fizikal bangunan mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Memastikan keselamatan peralatan dapur dan fizikal bangunan mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Membantu guru prasekolah / pentadbir sekolah dalam pelaksanaan dan pengurusan program prasekolah.
  • Mengenalpasti lokasi untuk  keperluan kelas peluasan tahun 2011 – 2012.
  • Mengenalpasti isu-isu berkaitan  pengurusan prasarana dan program pasekolah secara langsung di lokasi.
  • Mengkaji penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti sokongan program prasekolah. 
  • Memastikan pengurusan kewangan yang cekap oleh pihak pentadbir sekolah.
  • Mengenalpasti aktiviti koakademik yang di laksanakan di kelas prasekolah.
  • Memantau pelaksanaan aktiviti prasekolah yang melibatkan agensi luar KPM (cth: IBM, Alam Sekitar, Anti Dadah dll)
  • Memastikan Pembantu Pengurusan Murid melaksanakan tugas mengikut senarai tugas yang ditetapkan (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 2003: Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid)
PROSES PEMANTAUAN


TINDAKAN DI LOKASI
  • Berjumpa Guru Besar & nyatakan tujuan kedatangan ke sekolah tersebut.
  • Membuat penerangan kepada Guru Besar berkenaan Instrumen PPBPSH-A.
  • Melaksanakan pemantauan secara berhemah dan melngkapkan Instrumen PPBPSH-B.
  • Mendapatkan kerjasama guru prasekolah bagi melengkapkan Instrumen PPBPSH-B.
  • Mendapatkan pengesahan Guru Besar di ruangan pengesahan oleh Pentadbir Sekolah di muka surat akhir Instrumen PPBPSH-B.
  • Berjumpa dengan Guru Besar sebelum meninggalkan sekolah
INSTRUMEN PPBPSH-A
(Instrumen ini perlu diisi oleh Pentadbir Sekolah)
  • Instrumen ini perlu ditandatangani oleh Pentadbir Sekolah.
  • Pegawai Pemantau perlu mengesahkan maklumat yang dilengkapkan dalam Instrumen ini.
Terdapat 21 item di dalam Instrumen ini yang meliputi :
  • Maklumat umum sekolah.
  • Maklumat berkenaan kelas prasekolah
  • Maklumat kemudahan dan peralatan di kelas prasekolah.
  • Maklumat guru prasekolah
INSTRUMEN PPBPSH-B
(Instrumen ini perlu diidi oleh Pegawai Pemantau)
  • Pegawai Pemantau perlu membuat rumusan bagi Instrumen ini.
  • Instrumen ini perlu ditandatangani oleh Pegawai Pemantau.
  • Pentadbir Sekolah perlu mengesahkan maklumat yang dilengkapkan dalam Istrumen ini
Terdapat 62 item di dalam Instrumen ini yang meliputi :
  • Pengurusan Rekod dan Dokumen
  • Pentadbiran Prasekolah
  • Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti
  • Peralatan Asas Kelas Prasekolah
  • Peranan Guru Dalam Pengurusan Prasekolah
  • Pembantu Pengurusan Murid
FORMAT LAPORAN

TUGASAN PESERTA MESYUARAT
  1. Membuat Jadual Pemantauan 3 kali bagi setiap orang (JPN dan PPD sahaja).
  2. Jadual Pemantauan yang telah siap hendaklah diserahkan kepada Pegawai JPN dan SPPra, BPSH.
  3. Pegawai JPN boleh bermalam bagi 3 malam (maks.) semasa membuat pemantauan.
  4. Tiada peruntukan yang melibatkan tuntutan hotel atau login untuk Pegawai pemantau dari PPD.

1 comment:

  1. bagus le bl0g ni... dapat dijadikan panduan...mohon share mane2 yang patut...tahniah..! atas kecemerlangan menjayakan kemenjadian pelajaR.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...