KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.
Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut :
§ Tunjang Komunkasi;
§ Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai;
§ Tunjang Kemanusiaan;
§ Tunjang Sains dan Teknologi;
§ Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika;
§ Tunjang Keterampilan Diri;
Untuk tujuan kesinambungan. Tunjang-tunjang Pembelajaran ini adalah sama dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.
TUNJANG KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Terdapat 6 tunjang utama dalam Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah (KSPK) iaitu :-
Bil. | Tunjang | Sub Tunjang |
1. | Komunikasi | Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Tamil (SJKT) |
2. | Kerohanian, Sikap dan Nilai | Pendidikan Islam Pendidikan Moral |
3. | Ketrampilan Diri | Perkembangan Sosioemosi |
4. | Perkembangan Fizikal dan Estetika | Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan Perkembangan Kreativiti |
5. | Sains dan Teknologi | Awal Sains Awal Matematik Penggunaan ICT |
6. | Kemanusiaan | Kemanusiaan |
TUNJANG KOMUNIKASI
Tunjang ini terdiri daripada :
1. Bahasa Malaysia ;
SK (2 jam seminggu), SJKC (2 jam seminggu), SJKT (2 jam seminggu).
2. Bahasa Inggeris ;
SK (2 jam seminggu), SJKC (1 jam seminggu), SJKT (1 jam seminggu).
3. Bahasa Cina ;
SJKC (1 jam seminggu).
4. Bahasa Tamil ;
SJKT (1 jam seminggu).
Fokus Utama :
- Kemahiran Bahasa ; Kemahiran Mendengar, Kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.
- Seni Bahasa ; Keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melaluikepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.
TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI
Pendidikan Islam
Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang :
1. Aqidah ; Rukun Iman, Rukun Islam, Kalimah Syahadah.
2. Ibadah ; Bersuci, Berwuduk, Pergerakan Solat.
3. Sirah ; Sirah Rasullullah S.A.W.
4. Akhlak ; Mencontohi Akhlak Rasulullah S.A.W, Amalan harian mengikut adab.
5. Asas Bahasa Al-Quran dan Tulisan jawi ; Bahasa Al-Quran, Huruf Hijaiyah, huruf Jawi, Doa pilihan, Surah Juzu’ Amma.
Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.
Pendidikan Moral
Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama islam selama dua jam seminggu. Pendidikan moral prasekolah member fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah.
Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut :
§ Kepercayaan kepada Tuhan.
§ Baik Hati.
§ Bertanggung jawab.
§ Berterima kasih.
§ Hemah Tinggi.
§ Hormat-menghormati.
§ Kasih Sayang.
§ Keadilan.
§ Keberanian.
§ Kejujuran.
§ Kerajinan.
§ Kerjasama.
§ Kesederhanaan.
§ Toleransi.
§ Berdikari.
§ Berdisplin.
TUNJANG KETRAMPILAN DIRI – PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
Pendidikan prasekolah member penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap.
Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek :
1. Mengenali dan mengurus emosi sendiri.
2. Pencapaian emosi yang positif.
3. Pembinaan konsep kendiri positif.
4. Pembinaan kemahiran berinteraksi.
5. Pembinaan kemahiran sosial.
Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.
TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti.
Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk ;
1) Perkembangan Fizikal.
§ Meningkatkan kemahiran motor halus
§ Meningkatkan kemahiran motor kasar
§ Memahirkan koordinasi mata-tangan
2) Penjagaan Kesihatan.
§ Pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri
§ Menjaga kebersihan persekitaran
§ Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat
3) Keselamatan Diri.
§ Menekankan aspek keselamatan diri daripada sumber (kemalangan, bahaya)
§ Mengetahui langkah menjaga kehormatan diri.
Perkembangan Kreativiti
Perkembangan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti mereka.
1) Fokus seni visual.
§ Aplikasi seni - Proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya.
§ Ekspresi kreatif - Proses penghasilan karya.
§ Apresiasi seni - Proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.
2) Pendidikan Muzik.
§ Aktiviti menyanyi.
§ Pengalaman awal untuk memainkan perkusi
§ Penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi.
§ Apresiasi muzik.
3) Drama dan Gerakan Kreatif.
§ Main peranan.
§ Berlakon.
§ Menari.
§ Membuat gerakan secara kreatif.
TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI
Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.
Awal Sains;
Penerokaan
§ Sikap saintifik yang positif (ingin tahu, sistematik, teliti) akan terbentuk.
§ Kemahiran asas proses sains (kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding, mengelas) dikembangkan.
§ Meneroka alam sekitar (tumbuhan, haiwan), alam bahan (objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet dan alam fizikal ( pelangi, cuaca).
Pembinaan
§ Pembinaan objek seperti blok.
§ Mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik.
Awal Matematik;
§ Konsep Pranombor
§ Nombor
§ Operasi nombor yang mudah
§ Nilai Wang
§ Konsep waktu
§ Bentuk
§ Ruang
Penggunaan ICT;
§ Kemahiran asas (pengenalan komputer) sahaja.
TUNJANG KEMANUSIAAN
Tunjang Kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Tunjang ini member peluang kepada kanak-kanak supaya ;
§ Memahami diri sendiri
§ Lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar.
§ Memahami tanggung jawab diri dalam perhubungan.
§ Memahami budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia.
§ Menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum di Malaysia.
MODUL ASAS DAN MODUL BERTEMA
Pendidikan prasekolah dilaksanakan melalui 2 modul iaitu :-
Bil. | Modul | Catatan |
1. | Modul Asas | Tujuan Penguasaan literasi awal 4M (Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul). Modul asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah iaitu pada awal tahun, masa yang diambil adalah 35% dan akan berkurangan pada akhir tahun sekiranya murid menguasai kemahiran asas 4M. Kandungan Modul Asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (untuk prasekolah yang aliran bahasa Cina), Bahasa Tamil (untuk prasekolah yang aliran bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan permainan luar. |
2. | Modul Bertema | Tujuan Pengajaran dan Pembelajaran bermakna bagi murid prasekolah di mana ianya menyepadukan kesemua tunjang dalam KSPK Kandungan Pada awal tahun, modul bertema mengambil masa lebih kurang 35% masa prasekolah tetapi pada akhir tahun, peratus masa perlu dinaikkan. |
salam.. first time tahu yang sksk ada prasekolah. kelasnya di blok mananya. kepada guru-guru di prasekolah saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. saya x student sksk.pelajar tahun 1984-1989.
ReplyDelete