FUNGSI DAN PERANAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
- Pembantu Pengurusan Murid juga bertanggungjawab dalam mengawasi dan membantu kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti-aktiviti prasekolah sama ada di dalam atau di luar bilik
- Pembantu Pengurusan Murid adalah juga sebagai contoh ikutan dan pengganti ibu bapa kepada kanak-kanak
- Peranan utama pembantu pengurusan murid ialah membantu guru prasekolah dan menjadi fasilitator dalam menjalankan hal-hal yang berkaitan dengan asuhan dan bimbingan.
BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID
1) PENDAFTARAN MURID.
- Menerima senarai nama murid yang Berjaya.
- Menyemak dan melengkapkan maklumat murid.
- Merekod maklumat dalam buku rekod pendaftaran murid dan buku rekod kedatangan.
- Menyimpan maklumat murid dalam fail.
- Menghantar sesalinan ke pejabat.
2) PENYEDIAAN MAKANAN.
- Menguruskan pembelian bahan mentah dan menyediakan makanan mengikut menu yang dirancang.
- Meghidang makanan dengan kemas dan teratur serta melayan murid sewaktu makan.
- Menyedia dan menghidang makanan serta minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
- Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
3) MENGURUS KEBERSIHAN MURID.
- Melayan karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.
- Menjadi teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
- Berbincang dengan guru tentang aspek kebersihan yang perlu diberi perhatian.
- Memerhati setiap aspek kebersihan murid.
- Membimbing murid tentang cara menjaga kebersihan.
- Membuat pemantauan berterusan.
4) PENGURUSAN FIZIKAL DAN KECERIAAN KELAS
- Menerima arahan daripada guru.
- Berbincang dengan guru tentang kebersihan fizikal dan keceriaan kelas.
- Mengenal pasti kawasan yang perlu diambil tindakan di dalam dan luar kelas dari pelbagai aspek.
- Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
- Pemantauan dan pemerhatian tentang arahan yang diterima.
- Pemantauan berterusan dilaksanakan.
- Menyedia dan mengemas kelas sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci dan menjaga kebersihan kelas.
- Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.
5) PENGURUSAN KESIHATAN MURID
- Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
- Membantu murid dalam adab sebelum dan selepas makan seperti memastikan murid membaca doa, membasuh tangan dan menggosok gigi.
- Menerima arahan daripada guru tentang penekanan aspek kesihatan.
- Berbincang dengan guru tentang aspek kesihatan yang perlu diberi perhatian.
- Menyemak rekod kesihatan murid dan fail peribadi.
- Mengenalpasti tahap kesihatan murid.
- Membimbing murid yang menghadapi masalah kesihatan.
- Pemantauan berterusan dijalankan.
6) PENGURUSAN ASPEK KESELAMATAN MURID
- Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
- Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah.
- Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.
- Menerima arahan daripada guru.
- Berbincang dengan guru tentang keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas sekolah.
- Sentiasa mengawasi tahap keselamatan murid.
- Memberi bimbingan kepada murid tentang aspek keselamatan.
- Pemantauan berterusan.
7) PENGURUSAN PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBB)
- Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid prasekolah.
- Menerima arahan daripada guru.
- Berbincang dengan guru tentang Bahan Bantu Belajar (BBB) yang perlu disediakan.
- Mengenalpasti bahan yang diperlukan untuk membina BBB.
- Menyediakan peralatan.
- Membina Bahan Bantu Belajar (BBB).
- Perbincangan dengan guru tentang kesesuaian BBB yang disediakan.
- Penyerahan BBB kepada guru.
8) PENGURUSAN MEMBANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
- Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
- Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi merancang bimbingan dan asuhan.
- Membantu mewujudkan dan merancang naluri ingin tahu dan untuk meneroka dan menjelajah dikalangan murid prasekolah.
- Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
- Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
- Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran.
- Menerima arahan daripada guru.
- Berbincang dengan guru tentang tugasan yang perlu dilaksanakan dalam P&P.
- Menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan.
- Melaksanakan tugasan yang diberikan.
- Mengenalpasti sejauh mana keberkesanan dalam membantu P&P.
- Melaksanakan tugas secara berterusan.
9) PENGURUSAN FAIL DAN REKOD
- Menerima arahan daripada guru.
- Mengenalpasti fail dan rekod yang perlu disediakan.
- Mendapatkan maklumat yang perlu difailkan.
- Melaksanakan tugasan.
- Menghantar sesalinan ke pejabat.
- Simpan dalam fail dan rekod.
10) PENGURUSAN STOK/INVENTORI/HARTA MODAL
- Menerima arahan daripada guru.
- Menerima barang atau peralatan.
- Menetukan spesifikasi barang tersebut.
- Merekod stok.
- Merekod harta modal.
- Merekod inventori pada barang atau peralatan tersebut.
- Meletak di tempat yang sesuai.
11) PENGURUSAN SURAT-MENYURAT
- Menerima arahan daripada guru.
- Merekod surat yang diterima.
- Berbincang dengan guru tentang tindakan yang perlu diambil.
- Menjawab surat.
- Menghantar surat kepada pihak yang berkenaan.
- Menyimpan sesalinan dalam fail.
PERLAKSANAAN TUGASAN PPM
A. TUGASAN HARIAN
- Mencatat kehadiran serta mengambil rekod kehadiran murid di pejabat
- Membuka kelas dan memastikan kelas selamat
- Menyediakan persiapan minum pagi
- Menyambut kedatangan murid
- Mengawal dan mengurus murid sebelum kelas bermula
- Membantu mencatat kehadiran murid setiap hari persekolahan
- Memasak makanan
- Membantu guru dalam P&P
- Menyedia dan menghidang makanan
- Mengawasi murid makan/gosok gigi (rehat)
- Membantu guru dalam P&P
- Membantu guru mengurus murid ketika pulang
- Membantu mengawasi murid yang pulang lewat
B. TUGAS MINGGUAN PPM
- Menyapu sawang
- Mencuci kipas angin
- Mencuci tingkap
- Mengemaskini stok bahan basah dan kering
- Mengemas taman permainan
- Mencuci peti sejuk
- Mencuci tempat ambil wuduk
- Membantu menguruskan proses pembekalan dan pembelian
C. TUGAS BULANAN PPM
- Mengemaskini stok inventori
- Mencuci akuarium
- Membantu menyediakan penyata perbelanjaan
D. TUGAS SEMASA CUTI
No comments:
Post a Comment