Monday 26 December 2011

PENGURUSAN MURID


CARTA ALIRAN KERJA PROSES PENAWARAN DAN PENGAMBILAN MURID PRASEKOLAH

BIL.
PERKARA
TARIKH
TINDAKAN
1
Mengeluarkan iklan kemasukan murid
01-30 OGOS
SEKOLAH
2
Menerima dan memproses borang permohonan
01-15 SEPTEMBER
SEKOLAH
3
Mesyuarat Panel Pemilihan
16-30 SETEMBER
SEKOLAH
4
Menghantar senarai nama murid yang terpilih ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk kelulusan
01-15 OKTOBER
SEKOLAH
5
Pejabat Pelajaran Daerah mengeluarkan senarai nama murid yang diluluskan penempatan
16-31 OKTOBER
PPD
6
Mengeluarkan surat jawapan / tawaran dan pengesahan kepada ibu bapa / penjaga
01-15 NOVEMBER
SEKOLAH
7
Mengadakan taklimat / mesyuarat bersama ibu bapa / penjaga
16-30 NOVEMBER
SEKOLAH
8
Mengadakan Hari Orientasi kepada murid prasekolah
SEBELUM HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
SEKOLAH

1. Kemasukan murid.
  • Mengeluarkan iklan kemasukan.
PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) SUNGAI KOYAN
TAHUN 2012

PERMOHONAN INI TERBUKA KEPADA KANAK-KANAK WARGANEGARA MALAYSIA YANG LAHIR PADA TAHUN 2006 DAN TAHUN 2007

KEPADA IBU BAPA / PENJAGA YANG BERMINAT, SILA DAPATKAN BORANG PERMOHONAN DI PEJABAT SEKOLAH PADA WAKTU BEKERJA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
30 SEPTEMBER 2011
  • Menyediakan dan mengeluarkan borang permohonan kepada ibu bapa/penjaga.
  • Menerima dan memproses borang permohonan.
  • Mengadakan mesyuarat pemilihan oleh panel pemilih.
  • Kriteria-kriteria pemilihan murid.
  • Menyediakan senarai nama murid yang terpilih dan dihantar ke PPD untuk diluluskan.
  • Mengeluarkan surat jawapan dan tawaran kepada ibu bapa dan penjaga untuk tujuan pengesahan kemasukan murid.
Mengadakan taklimat kepada ibu bapa dan penjaga berkaitan perkara-perkara berikut:-
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Akta dan dasar-dasar Pendidikan.
  • Pengurusan masa
  • Pengurusan kewangan dan sumbangan.
  • Pakaian seragam.
  • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum.
  • Peraturan-peraturan.
  • Penglibatan dan kerjasama ibu bapa/penjaga.
  • Perlantikan AJK Prasekolah diperingkat sekolah.
Mengadakan orientasi kepada murid sebelum hari pertama Persekolahan berkaitan perkara-perkara berikut:-
  • Suaikenal antara guru, ibu bapa/penjaga dan murid.
  • Melawat persekitaran kelas (luar dan dalam).
  • Menerangkan tempoh masa pembelajaran.
  • Menerangkan peraturan dan disiplin.
  • Penggunaan alatan permainan.
2. Kriteria pemilihan kemasukan murid prasekolah.

1. Warganegara.

2. Kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun.
Contoh : Kanak-kanak yang dilahirkan dalam tahun 2000 bagi kemasukan tahun 2006).
Jika ada kekosongan, kanak-kanak yang dilahirkan dalam tahun 2001 boleh diterima.

3. Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada kanak-kanak yang pendapatan ibubapa penjaga seperti berikut:-
  • RM 350.00 ke bawah.
  • RM 351.00 hingga RM 500.00.
  • RM 501.00 hingga RM 750.00.
  • RM 751.00 hingga RM 1000.00.
  • RM 1000.00 dan ke atas.
*** Nota : Kadar pendapatan berubah mengikut lokasi.

4. Tanggungan (bilangan anak) hendaklah juga diambil kira.

5. Ibu bapa/penjaga hendaklah membuat permohonan menggunakan borang yang boleh didapati di sekolah apabila iklan permohonan dikeluarkan.

6. Pemilihan hendaklah dibuat oleh Panel Pemilihan Murid Prasekolah yang terdiri daripada :
  • Guru Besar (Pengerusi).
  • Guru Penolong Kanan.
  • Guru Prasekolah.
  • Wakil PIBG.
  • Wakil PPD.
***Nota : Tertakluk kepada kesesuaian (Pemimpin Setempat).

7. Bilangan kanak-kanak untuk satu kelas di antara 10-25 orang.
Sila ambil ingatan : Kanak-kanak yang diterima hendaklah tidak melebihi 25 orang (Tiada murid menumpang).

8. Senarai murid yang terpilih untuk kemasukan kelas prasekolah hendaklah dihantar ke PPD untuk kelulusan.

9. Mengeluarkan surat jawapan dan tawaran kepada ibu bapa/penjaga murid yang terlibat untuk tujuan pengesahan penerimaan tawaran kemasukan kelas prasekolah.
  
3. Keselamatan.

1. Keselamatan diluar bilik darjah.
  • Semasa aktiviti permainan luar perlukan kawalan dan pemerhatian daripada guru dan pembantu sepanjang masa.
  • Pastikan semua alatan sesuai dan selamat digunakan.
  • Alatan yang rosak perlu dibaikpulih atau diselenggara.
  • Tidak menggunakan alatan yang tajam dan merbahaya.
  • Membuat laporan segera kepada pihak pentadbir apa-apa alatan yang rosak dan kemalangan yang berlaku.
  • Kawasan berumput sentiasa dijaga.
  • Semua longkang bertutup.
2. Keselamatan di dalam bilik darjah.
  • Menggunakan alatan yang sesuai dan tidak merbahaya.
  • Kawalan dan pemerhatian sepanjang masa khususnya dalam aktiviti kumpulan.
  • Pastikan semua peralatan elektrik tidak rosak dan selamat digunakan.
  • Peralatan tajam seperti pisau, gunting dan lain-lain perlu dikawal dan disimpan di tempat yang selamat atau berkunci.
3. Keselamatan di tandas.
  • Lantai sentiasa bersih dan tidak berlumut atau licin.
  • Paip air, sinki dan pam tandas berfungsi serta dalam keadaan baik.
  • Bahan-bahan pencuci bertoksik tidak disimpan dalam tandas.
  • Menggunakan alas kaki yang sesuai.
4. Keselamatan di luar kawasan sekolah.

Semasa menyertai aktiviti peringkat zon, daerah, negari dan lawatan.
  • Mempunyai surat kebenaran daripada ibu bapa dan penjaga.
  • Mempunyai guru pengring yang mencukupi (empat orang murid seorang guru).
  • Mematuhi segala peraturan dan prosedur lawatan yang telah ditetapkan (Rujuk kepada Pekeliling yang berkuatkuasa sekarang).
  • Ibu bapa murid juga boleh ikut serta dalam aktiviti luar kawasan sekolah.
  • Memilih tempat lawatan yang sesuai dan selamat.
5. Keselamatan ruang dapur dan tempat makan.
  • Gunakan peralatan dapur dan pinggan mangkuk yang tidak mudah pecah dan berkarat.
  • Peralatan dapur yang tajam seperti pisau, gunting dan lain-laian hendaklah disimpan ditempat yang selamat.
  • Pastikan kepala gas ditutup setelah selesai memasak dan pastikan tiada kebocoran berlaku.
  • Pastikan tempat makan sentiasa bersih dan kemas.
  • Pastikan alat pemadam api ada dan boleh berfungsi dengan baik.
6. Keselamatan stor.
  • Susun segala peralatan dengan kemas dan teratur.
  • Semua peralatan hendaklah dilabelkan.
  • Hanya guru dan pembantunya sahaja mengambil dan menyimpan peralatan di stor.
  • Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam stor kecuali bersama guru atau rekod penggunaan alatan.
  • Pastikan stor dikunci.
7. Keselamatan tanaman/pokok berduri atau beracun.
  • Pastikan tidak terdapat tanaman atau pokok yang berduri dan beracun ditanam dalam kawasan kelas prasekolah.
  • Pastikan pokok-pokok besar dikerat dahannya supaya tidak dipanjat oleh murid.
4. Kebajikan Murid.

1. Murid sakit atau demam.
  • Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid berkenaan.
  • Menghantar murid ke klinik untuk rawatan atau hantar balik ke rumah.
  • Hanya ubat sapu atau luaran sahaja dibenarkan.
  • Menyediakan tempat rehat atau bilik sakit.
2. Tidak hadir ke sekolah.
  • Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid berkenaan.
  • Menulis surat peringatan kepada ibu bapa atau penjaga murid berkenaan.
  • Minta kerjasama PIBG.
3. Murid bermasalah.
  • Memberi perhatian yang lebih kepada murid berkenaan (takut/malu/nakal/masalah kewangan).
  • Berjumpa dengan ibu bapa atau penjaga seberapa kerap yang boleh.
  • Kerjasama dan bantuan PIBG bagi mengatasi masalah kewangan.
  • Kerjasama pihak pentadbiran bagi menangani murid nakal.
5. Maklumat murid.
  • Menyediakan fail rekod peribadi setiap orang murid.
  • Menyediakan rekod perkembangan dan kemajuan murid.
  • Menyimpan contoh hasil kerja murid.
  • Menyediakan lembaran kerja dan buku latihan.
6. Sistem fail.
  • Menyediakan fail yang mengendungi rekod peribadi murid.
  • Menyediakan fail yang mengandungi rekod perkembangan dan kemajuan murid.
  • Menyediakan fail contoh hasil kerja murid (Fail-fail di atas boleh digabungkan dalam satu fail).
  • Buku latihan dan lembaran kerja diuruskan dengan kemas dan sistematik.
7. Peraturan.
  • Ibu bapa/penjaga hendaklah menghantar anak masing-masing 10 minit sebelum kelas bermula.
  • Murid-murid menyusun kasut di tempat yang dikhaskan.
  • Waktu belajar ialah selama 4 jam ( Contoh : 8.00 pagi hingga 12.00 tgh).
  • Selama tempoh belajar, murid tidak dibenarkan berada di luar kawasan kelas prasekolah kecuali bersama guru atau penjaga atas urusan tertentu.
  • Duduk dengan tertib di tempat makan. Dimulakan dengan doa (bagi yang beragama Islam) dan makan bersama-sama.
  • Selepas makan, cuci tangan dan gosok gigi serta menyusun semula segala peralatan yang digunakan.
  • Baca doa sebelum masuk dan keluar tandas.
  • Memakai las kaki yang disediakan semasa di bilik air atau tandas.
  • Menarik pam tandas selepas buang air.
  • Mematuhi arahan guru semasa aktiviti luar bilik darjah.
  • Memakai pakaian seragam seperti yang ditetapkan.
  • Menyusun dan mengemas peralatan yang digunakan semasa aktiviti kelas sebelum balik.
  • Ibu bapa/penjaga perlu menunggu 5 minit sebelum kelas tamat untuk membawa pulang anak-anak masing-masing.

Thursday 22 December 2011

PERTANDINGAN MEWARNA PRASEKOLAH

KARNIVAL PINTAR BAHASA

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

JAMUAN HARI RAYA

SAMBUTAN HARI LAHIR

PROGRAM KESIHATAN MURID

KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH

ORIENTASI PRASEKOLAH

HARI GRADUASI PRASEKOLAH

PANDUAN PENGURUSAN HARI GRADUASI PRASEKOLAH



  • Secara sendirian atau Sekolah.
  • Secara Kelompok atau Daerah.
  • Kenalpasti keperluan - Jubah dan Sijil.

PROSES KERJA HARI GRADUASI PRASEKOLAH

1. Program :
  • Hari Graduasi Prasekolah


2. Rasional :
  • Kanak-kanak memerlukan dorongan, sokongan dan pengukuhan kerana zaman kanak-kanak adalah sebahagian daripada kehidupan. Pengiktirafan dan sokongan dari rakan, ibu bapa dan guru merupakan sumber yang betul bagi memperkembangkan potensi kanak-kanak.


3. Matlamat :
  • Menyesuaikan diri dalam situasi hidup seharian. Sikap berterima kasih, berbudi bahasa, bersopan santun dan hormat-menghormati.


4. Objektif ;

  • Menyemai sifat dan sikap bersaing, berjuang dan berlumba-lumba secara sihat dan betul.
  • Tanam konsep, gankaran dan balasan "baik dbalas bak".



5. Sasaran ;
  • Semua murid prasekolah yang telah tamat mengikuti sesi persekolahan tahun berkenaan dan akan memasuki tahun satu tahun berikutnya.


6. Jangkamasa:

  • Satu hari -oktober.


7. Kos :
  • Jamuan.
  • Peralatan.
  • Sijil dan gambar.
  • Pengangkutan (jika perlu).
  • Cenderahati.
  • Sewaan Pakaian (jika perlu).


8. Sumber kos:
  • Peruntukan Pejabat Pelajaran Daerah
  • Perkapita Prasekolah
  • Kokuria Prasekolah.
  • Sumber-sumber lain


9. Sumber tenaga :
  • Semua guru sekolah berkenaan.
  • Guru Prasekolah.
  • Pembantu Pengurusan Murid.
  • PEWARIS Prasekolah.


10. Strategi Perlaksanaan :

*** Sesi debriefing Guru Prasekolah kepada Guru Besar dan GPK mengenai perancangan dan persiapan program.
  • Tarikh.
  • Masa.
  • Tempat.
  • Perasmi.
  • Tenaga : Semua guru.
  • Pakainan Murid.

*** Membentuk Jawatankuasa Hari Graduasi Prasekolah 20..

Penaung : Pegawai PPD.
Persiapan tempat :
Penasihat : Penyelaras Prasekolah Daerah 1.

Pengerusi : Guru Besar.
Setiausaha : Guru Prasekolah.
Bendahari : GPK 1.
Urusetia ; GPK HEM.
Publisiti ;
Hiasan Pentas ;
Juru gambar : GPK KO
Penyelaras Penerimaan Hadiah :
Hadiah, Sijil dan cenderamata :
Persembahan :
Siaraya :
Jemputan dan sambutan :
Pengacara :
Persiapan tempat :
Buku Program :


Nota ;
  • Sesi perbincangan diadakan seminggu sebelum majlis diadakan untuk mengenalpasti kekangan dan penambahbaikan.

Penilaian ;

  • Sambutan dan kehadiran serta sokongan ibu bapa dan semua pihak.

SUKAN TAHUNAN

PANDUAN PENGURUSAN SUKAN TAHUNAN


1. Program :

  • Sukan Tahunan Prasekolah.
2. Rasional :

  • Kanak-kanak belajar daripada apa yang berlaku pada masa mereka dan persekitaran mereka. Mereka tidak memisahkan pembelajaran kepada subjek dan disiplin tertentu.
3. Matlamat :

  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
  • Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.
4. Objektif ;

  • Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.
  • Membina minda yang sihat dan cergas.
5. Sasaran ;

  • 50 orang kanak-kanak prasekolah (mengikut bilangan pelajar prasekolah yang ada).
6. Jangkamasa:

  • 1 hari ( 8.00 pagi hingga 12.00 tgh).
7. Anggaran Kos :

  • Hadiah
  • Jamuan Ringan.
  • Peralatan dan publisiti.
  • Air Mineral.
  • Luar jangka.
8. Sumber kos:

  • Peruntukan Makan Prasekolah.
  • Perkapita Prasekolah
  • Kokuria Prasekolah.
  • Sumbangan Ikhlas.
  • Sumber-sumber lain
9. Sumber tenaga :

  • Guru Prasekolah.
  • Pembantu Pengurusan Murid.
  • AJK PEWARIS.
10. Strategi Perlaksanaan :


*** Sesi debriefing Guru Prasekolah kepada Guru Besar dan GPK mengenai perancangan dan persiapan program. 



  • Tarikh.
  • Masa.
  • Tempat.
  • Perasmi.
  • Tetamu.
  • Tenaga.
  • Rumah Sukan.
  • Jemputan.
  • Pengerusi Pengelola.
  • Khemah.
  • Acara Sukan.
11. Acara.

  • Berasingan atau bersama dengan Sukan Tahunan Sekolah.
  • Kenalpasti acara : Berkumpulan atau individu.
12. Harapan/Refleksi.

  • Sambutan ibu bapa - kehadiran.
  • Perancangan dan persiapan menyediakan segala keperluan hari sukan.
  • Kerjasama warga sekolah.



LAWATAN

PANDUAN PENGURUSAN LAWATAN BELAJAR


Tentukan tujuan lawatan kesesuaian dengan lokasi lawatan.
  • Muzium.
  • Zoo Negara.
  • Taman Rekreasi
  • Kolam Renang.
  • Masjid.
  • KFC/A&W
  • Hotel.
  • Kilang.


PROSES KERJA LAWATAN

1. Program :

  • Lawatan Sambil Belajar.
2. Rasional :

  • Alam sekitar - hubungkait kebersihan untuk flora dan fauna serta manusia dalam kehidupan.
3. Matlamat :

  • Pendedahan kepada kehidupan dan alam sekitar.
4. Objektif ;

  • Melihat flora dan fauna secara lebih dekat.
  • Penjagaan kebersihan alam sekitar penting untuk flora dan fauna.
  • Disiplin dan peraturan memudahkan kehidupan.
5. Sasaran ;

  • 50 orang kanak-kanak prasekolah.
6. Jangkamasa:

  • 1 hari ( 8.00 pagi hingga 12.00 tgh).
7. Kos :

  • Sewa Bas RM 100.00
  • Makan dan minum RM 1.50 x 50=RM75.00
  • Peralatan/bahan (jika perlu)
  • Bayaran masuk ke pusat lawatan (jika perlu)
8. Sumber kos:

  • Peruntukan Pejabat Pelajaran Daerah
  • Perkapita Prasekolah
  • Kokuria Prasekolah.
  • Sumber-sumber lain
9. Sumber tenaga :

  • Guru Pengiring.
  • Pembantu Pengurusan Murid.
10. Strategi Perlaksanaan :

  • Perbincangan di peringkat pengurusan.
  • Tempat lawatan.
  • Tarikh dan masa.
  • Rasional, matlamat dan objektif lawatan belajar.
  • Dapatkan kenderaan.
  • Mohon peruntukan dari PPD.
  • Surat makluman kepada ibu bapa dan pastikan ada surat kebenaran/persetujuan dari ibu bapa.
  • Rancang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.
  • Susun pergerakan program.
  • Menyediakan menu bekalan dan perkakasan.


*** Sesi debriefing Guru Prasekolah kepada Guru Besar dan GPK mengenai perancangan dan persiapan program.

Penilaian ;

  • Anak-anak boleh bercerita dan boleh memberi jawapan apabila diajukan soalan dan situasi berkaitan.
  • Anak-anak boleh melukis objek yang diminta dengan caranya sendiri serta bercakap mengenai lukisan tersebut.


***Nota :

  • Perlu surat kelulusan dari JPN.
  • Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 12/2000 atau yang berkuatkuasa sekarang.

PIAWAIAN PRASEKOLAH

A. DALAMAN


1. KELAS PRASEKOLAH.

1.1 Pusat Pembelajaran.


Luas keseluruhan pusat pembelajaran ini bersamaan dengan luas sebuah bilik darjah ikut pelan muatan maksima pelajar seramai 25 orang. Ruangan ini dipecahkan kepada pusat-pusat pembelajaran dengan piawaian berikut :-

1) Pusat Bahasa dan Komunikasi : Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Bahan : 
  • Carta.
  • Buku cerita
  • Kad Gambar.
  • Kad Huruf.
  • Kad Suku Kata.
  • Hasil kerja murid.


2) Pusat Sains dan Teknologi : Sains, Matematik dan Teknologi Maklumat (ICT).

Bahan :
  • Akuarium.
  • Model haiwan.
  • Jam.
  • Kad gambar.
  • Kad nombor.
  • Carta.
  • Pembilang.
  • Hasil kerja murid.

3) Pusat Kerohanian, Sikap dan Nilai : Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Bahan :
  • Muqaddam/Al-Quran.
  • Carta bergambar.
  • Kad Huruf Hijaiyah.
  • Hasil Kerja Murid.

4) Pusat Perkembangan Fizikal dan Estetika : Fizikal dan Estetika.
Bahan :
  • Alat Muzik (Perkusi).
  • Model dari bahan terbuang.
  • Krayon.
  • Warna air.
  • Berus lukisan.
  • Hasil kerja murid.

5) Pusat Ketrampilan Diri : Perkembangan Sosioemosi.
Bahan :
  • Carta Sosioemosi.
  • Katil.
  • Almari.
  • Cermin.
  • Bakul sampah.
  • Penimbang Berat.
  • Ukuran Tinggi.
  • Hasil Kerja Murid.

6) Pusat Kemanusiaan : Alam Sekitar.
Bahan :
  • Tong sampah Kitar semula.
  • Pokok tanaman.
  • Haiwan peliharaan
  • Peralatan tradisional.
  • Hasil Kerja Murid.


1.2 Peralatan Dan Kelengkapan Dalam Kelas.
  • Papan Engsel.
  • Ruang Berkapet.
  • Kabinet.
  • Bangku Guru.
  • Rak Buku.
  • Almari rujukan.
  • Peti Pertolongan Cemas.
  • Rekod keluar masuk murid.
  • Rekod Pelawat.
  • Jadual Tugasan murid.
  • Pelan latihan kebakaran/kecemasan.




    2. RUANG PENYEDIAAN MAKANAN (DAPUR).
    • Label.
    • Kabinet ( Tempat menyimpan bahan kering).
    • Peti sejuk ( tempat menyimpan bahan basah).
    • Kaunter hidangan.
    • Dapur & Tong Gas.
    • Rak, Pinggan mangkuk, sudu & garfu.
    • Sinki.
    • Menu.
    • Apron & Tuala.
    • Tong Sampah.
    • Jadual tugasan pembantu pengurusan murid.
    • Lantai bertail dan bersih.
    • pendawaian.
    • Penyerap asap.




    3. RUANG TANDAS.
    • Label (Lelaki dan Perempuan).
    • Sinki.
    • Mangkuk Tandas.
    • Cermin mengikut saiz murid.
    • Lantai Berjubin.
    • Pelapik Getah.
    • Lubang Air Keluar.
    • Penyangkut Tuala.
    • Sabun.
    • Tuala.
    • Selipar.
    • Tong Sampah.
    • Mural dan keceriaan tandas.
    • Doa masuk dan keluar tandas.
    • jadual penyelenggaraan tandas.
    • Bersih, wangi dan selesa.




    4. TEMPAT WUDUK.
    • Empat paip jenis 'heavy duty'.
    • Lantai kemasan dengan jubin homogenouis.
    • Salur air.
    • Longkang berpenutup.
    • 'Grating' sepanjang tempat wuduk.
    • Saiz : 2m x 1.2m, berkaki/tapak : 50cm x 10cm x 2 m.

    5. LONGKANG BERPENUTUP.
    • Longkang sepenuhnya bertutup (grating).



    B. LUARAN.

    1. TAMAN PERMAINAN.

    1) Taman Permainan yang berpagar "CHAINLINK".
    • Pagar Dawai Rangkai berukuran 5'0" termasuk satu unit pintu pagar berukuran 3'0" x 5'0".
    2) Gelongsor.
    • Gentian palstik bermutu tinggi atau simen konkrit permukaan rata dan licin berukuran tinggi 1m x panjang 1.85m.
    • Kecerunan : Panjang 2.3m dan cerun 15 darjah mendarat.
    • Lurah gelongsor : Lebar 36cm dan tebal gelongsor 2-5cm.
    • Tapak mendarat : Alas getah lembut atau 'Rubber tile' ukuran 67cm x 78cm.
    • Tempat rehat(deck) : Keluasan 1.2m x 1.2m (Non Slip Polyvinyl Choloride - Pliatistol coating), Pagar (Galvanished Metal Component).
    • Tangga : Tinggi 1m, Jarak cerun tangga dari tiang tempat rehat 65cm ( 40-45 darjah), Anak tangga 4-5, lebar tangga 36cm dilangkapi dengan rill tangga.

    3) Jongkang-Jongkit.
    • Dibuat dari kayu keras atau mengguna jenis gentian plastik dari jenis bermutu tinggi dan cat tidak bertoksid.
    • Ukuran : panjang 3.6m, tinggi 45cm, lebar papan imbangan 20cm dan pemegang (handle bar) 66cm dari hujung papan imbangan.

    4) Palang Pepanjat (Monkey Bar)
    • Ukuran : Panjang 2.1m, tinggi 1.5m.
    • Mempunyai 7 palang di atas dan 3 anak tangga kiri dan kanan.
    • Jarak di antara setiap satu ialah 30cm diperbuat dari besi tidak karat dan cat tidak bertoksid serta disempurnakan sengan 'rubber tiles' atas alas lembut di keliling pepanjat ukuran 1m x 3m.

    5) Buaian/Ayunan.
    • Menggunakan besi atau jenis pasang siap diperbuat dari besi tidak karat dan cat tidak bertoksid.
    • Ukuran tinggi 2.1m dam mempunyai sangga tepi dengan keluasan sokongan 1.2m dari garisan tengah tiang dan jarak antara 2 tiang ialah 1.5m, Panjang 4.9m bagi 4 anak buai(jarak antara satu 50cm), Lebar ayunan 60cm dn panjang rantai/tali ayunan 1.8m (rantai bersalut getah).
    • Alas duduk getah tebal berbentuk U disempurnakan dengan 'rubber tiles' atas alas lembut dikeliling buaian ukuran 3m x 5 m.

    6) Terowong/Tiub Susupan.
    • Menggunakan gentian plastik jenis bermutu tinggi dan tidak mudah luntur, warna yang tidak mudah luntur.
    • Panjang 2.5m, jejari 60-90cm, berkaki dengan ketinggian 30cm dari permukaan tapak/tanah.
    • Mempunyai lubang udara di sisi (10 lubang: 5 sebelah), saiz jejari 10cm boleh berbentuk melengkung atau lurus.
    • Disempurnakan dengan 'rubber tiles' atas alas lembut di keliling tiub susupan ukuran 3m x 5m.

    7) Pondok.
    • Bagi aktiviti main peranan, perkembangan soioemosi dan juga perkembangan bahasa dan komunikasi.
    • Bahan kayu 2.5m x 2.5m x 2.1m tinggi berdinding separuh kayu larik atau simen (bebas) bentuk bebas.

    8) Tempat Main Air/Pasir Bertutup.
    • Tempat main pasir dibuat daripada konkrit simen dengan kemas jubin homogenouis atau gentian plastik bermutu tinggi.
    • Ukuran : tinggi 25m x lebar 1.2m.
    • Keliling tapak simen berjubin homogenouis : lebar 30cm x tebal 5 cm.
    • Bertutup dengan jaring (brc) dan terdapat saluran air keluar berbentuk bebas.
    • Tempat main air dibuat daripada konkrit simen dengan kemas jubin homogenouis atau gentian plastik bermutu tinggi.
    • Ukuran : tinggi 25m x lebar 1.2m.
    • Keliling tapak simen berjubin homogenouis : lebar 30cm x tebal 5 cm.
    • Dilengkapi dengan paip air ketinggian 30cm saluran air keluar (ada paip kawalan) dan berbentuk bebas.

    9) Trampolin.
    • Peralatan yang dibekalkan untuk permainan dalam kelas, bagi projek perluasan prasekolah bermula tahun 2002.

    10) Papan Imbang.
    • Kayu segi dan permukaan yang rata atau gentian plastik bermutu tinggi.
    • Ukuran: panjang 1.83m x 20cm dan tinggi 30cm & 45 cm.
    • Tapak penitian : tebal 10cm.

    11) Mini Basketball.
    • Peralatan yang dibekalkan untuk permainan dalam kelas, bagi projekperluasan prasekolah bermula tahun 2002.

    3.STOR.

    • Bilik/bangunan yang dibina teguh dari bahan kayu, simen dan atap beratap. Ukuran lebar 2.5m x panjang 2.5m x tinggi 2.1m berdinding dan berpintu.
    • Tetingkat penyimpanan barang 30cm x 1.8 sebelah dalam (kiri dan kanan) 4 tingkat, jarak antara satu tingkat 30cm.
    • Kaki lima stor; simen render, ukuran 45 cm sekeliling stor dan berbentuk bebas.

    Tuesday 20 December 2011

    PEMILIHAN PRASEKOLAH KPM



    Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas-kelas prasekolah KPM ;

    • Warganegara Malaysia sahaja. Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidika (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar Dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998-PU(A)275/98 dan dipinda oleh PU(A)445/07.
    • Keutamaan kepada kanak-kanak yang berumur lima (5) hingga enam (6) tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.
    • Keutamaan pemilihan adalah berdasarkan merit pendapatan ibu bapa/penjaga berdasarkan tanggungan keluarga dan lokasi.
    • Jumlah maksimum bilangan murid bagi setiap kelas tidak melebihi 25 orang.
    • Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

    Friday 16 December 2011

    BIDANG TUGAS PPM

    FUNGSI DAN PERANAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
    • Pembantu Pengurusan Murid  juga bertanggungjawab dalam mengawasi dan membantu kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti-aktiviti prasekolah sama ada di dalam atau di luar bilik
    • Pembantu Pengurusan Murid adalah juga sebagai contoh ikutan dan pengganti ibu bapa kepada kanak-kanak
    • Peranan utama pembantu pengurusan murid ialah membantu guru prasekolah dan menjadi fasilitator dalam menjalankan hal-hal yang berkaitan dengan asuhan dan bimbingan.


    BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID

    1) PENDAFTARAN MURID.
    • Menerima senarai nama murid yang Berjaya.
    • Menyemak dan melengkapkan maklumat murid.
    • Merekod maklumat dalam buku rekod pendaftaran murid dan buku rekod kedatangan.
    • Menyimpan maklumat murid dalam fail.
    • Menghantar sesalinan ke pejabat.

    2) PENYEDIAAN MAKANAN.
    • Menguruskan pembelian bahan mentah dan menyediakan makanan mengikut menu yang dirancang.
    • Meghidang makanan dengan kemas dan teratur serta melayan murid sewaktu makan.
    • Menyedia dan menghidang makanan serta minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
    • Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.

    3) MENGURUS KEBERSIHAN MURID.
    • Melayan karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.
    • Menjadi teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
    • Berbincang dengan guru tentang aspek kebersihan yang perlu diberi perhatian.
    • Memerhati setiap aspek kebersihan murid.
    • Membimbing murid tentang cara menjaga kebersihan.
    • Membuat pemantauan berterusan.

    4) PENGURUSAN FIZIKAL DAN KECERIAAN KELAS
    • Menerima arahan daripada guru.
    • Berbincang dengan guru tentang kebersihan fizikal dan keceriaan kelas.
    • Mengenal pasti kawasan yang perlu diambil tindakan di dalam dan luar kelas dari pelbagai aspek.
    • Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
    • Pemantauan dan pemerhatian tentang arahan yang diterima.
    • Pemantauan berterusan dilaksanakan.
    • Menyedia dan mengemas kelas sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci dan menjaga kebersihan kelas. 
    • Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

    5) PENGURUSAN KESIHATAN MURID
    • Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
    • Membantu murid dalam adab sebelum dan selepas makan seperti memastikan murid membaca doa, membasuh tangan dan menggosok gigi.
    • Menerima arahan daripada guru tentang penekanan aspek kesihatan.
    • Berbincang dengan guru tentang aspek kesihatan yang perlu diberi perhatian.
    • Menyemak rekod kesihatan murid dan fail peribadi.
    • Mengenalpasti tahap kesihatan murid.
    • Membimbing murid yang menghadapi masalah kesihatan.
    • Pemantauan berterusan dijalankan.

    6) PENGURUSAN ASPEK KESELAMATAN MURID
    • Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
    • Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah.
    • Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.
    • Menerima arahan daripada guru.
    • Berbincang dengan guru tentang keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas sekolah.
    • Sentiasa mengawasi tahap keselamatan murid.
    • Memberi bimbingan kepada murid tentang aspek keselamatan.
    • Pemantauan berterusan.

    7) PENGURUSAN PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBB)
    • Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid prasekolah.
    • Menerima arahan daripada guru.
    • Berbincang dengan guru tentang Bahan Bantu Belajar (BBB) yang perlu disediakan.
    • Mengenalpasti bahan yang diperlukan untuk membina BBB.
    • Menyediakan peralatan.
    • Membina Bahan Bantu Belajar (BBB).
    • Perbincangan dengan guru tentang kesesuaian BBB yang disediakan.
    • Penyerahan BBB kepada guru.

    8) PENGURUSAN MEMBANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
    • Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
    • Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi merancang bimbingan dan asuhan.
    • Membantu mewujudkan dan merancang naluri ingin tahu dan untuk meneroka dan menjelajah dikalangan murid prasekolah.
    • Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
    • Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
    • Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran.
    • Menerima arahan daripada guru.
    • Berbincang dengan guru tentang tugasan yang perlu dilaksanakan dalam P&P.
    • Menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan.
    • Melaksanakan tugasan yang diberikan.
    • Mengenalpasti sejauh mana keberkesanan dalam membantu P&P.
    • Melaksanakan tugas secara berterusan.

    9) PENGURUSAN FAIL DAN REKOD
    • Menerima arahan daripada guru.
    • Mengenalpasti fail dan rekod yang perlu disediakan.
    • Mendapatkan maklumat yang perlu difailkan.
    • Melaksanakan tugasan.
    • Menghantar sesalinan ke pejabat.
    • Simpan dalam fail dan rekod.

    10) PENGURUSAN STOK/INVENTORI/HARTA MODAL
    • Menerima arahan daripada guru.
    • Menerima barang atau peralatan.
    • Menetukan spesifikasi barang tersebut.
    • Merekod stok.
    • Merekod harta modal.
    • Merekod inventori pada barang atau peralatan tersebut.
    • Meletak di tempat yang sesuai.

    11) PENGURUSAN SURAT-MENYURAT
    • Menerima arahan daripada guru.
    • Merekod surat yang diterima.
    • Berbincang dengan guru tentang tindakan yang perlu diambil.
    • Menjawab surat.
    • Menghantar surat kepada pihak yang berkenaan.
    • Menyimpan sesalinan dalam fail.


    PERLAKSANAAN TUGASAN PPM

    A. TUGASAN HARIAN
    • Mencatat kehadiran serta mengambil rekod kehadiran murid di pejabat
    • Membuka kelas dan memastikan kelas selamat
    • Menyediakan persiapan minum pagi
    • Menyambut kedatangan murid
    • Mengawal dan mengurus murid sebelum kelas bermula
    • Membantu mencatat kehadiran murid setiap hari persekolahan
    • Memasak makanan
    • Membantu guru dalam P&P
    • Menyedia dan menghidang makanan
    • Mengawasi murid makan/gosok gigi (rehat)
    • Membantu guru dalam P&P
    • Membantu guru mengurus murid ketika pulang
    • Membantu mengawasi murid yang pulang lewat

    B. TUGAS MINGGUAN PPM
    • Menyapu sawang
    • Mencuci kipas angin
    • Mencuci tingkap
    • Mengemaskini stok bahan basah dan kering
    • Mengemas taman permainan
    • Mencuci peti sejuk
    • Mencuci tempat ambil wuduk
    • Membantu menguruskan proses pembekalan dan pembelian

    C. TUGAS BULANAN PPM
    • Mengemaskini stok inventori
    • Mencuci akuarium
    • Membantu menyediakan penyata perbelanjaan
    D. TUGAS SEMASA CUTI




    PAKAIAN PRASEKOLAH


    PERSEDIAAN UNIFORM MURID PRASEKOLAH
    • Baju T berkolar – pilihan warna mengikut keputusan Jawatankuasa daerah.
    • Seluar / blouse – warna biru gelap.
    • Kasut / sarung kaki – warna putih.
    • Pakaian Sukan yang sesuai.

    PERUNTUKAN PRASEKOLAH

    BANTUAN PRASEKOLAH KPM


    Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan dua jenis bantuan kepada murid prasekolah iaitu :-


    1. Bantuan Kewangan Makanan Murid Prasekolah.
    2. Bantuan Per Kapita (PCG) Murid Prasekolah.


    Bermula tahun 2011, satu bantuan tambahan bagi murid prasekolah iaitu Bantuan Peruntukan Kokuria Prasekolah.


    A) PERUNTUKAN BANTUAN MAKANAN MURID PRASEKOLAH
    Peruntukan bantuan makanan bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM1.80 seorang murid sehari. Bantuan makan ini hanya boleh dibelanjakan bagi membekalkan makanan berkhasiat kepada murid prasekolah sahaja.

    Peruntukan Bantuan Makanan yang diperlukan bagi seorang murid adalah sebanyak RM360.00 setahun (RM1.80 X 1 murid X 200 hari) dan bagi sebuah kelas seramai 25 orang murid, peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM 9000.00 setahun (RM360.00 x 25 murid x 200 hari).

    Pengiraan Peruntukan Bantuan Makanan ;
    Jumlah Murid Satu Kelas Prasekolah (Maksimun) = 25 orang.
    Jumlah Hari Persekolahan Setahun = 200 hari.
    Jumlah Peruntukan Bantuan Makanan Seorang Murid = RM 1.80.
    Jumlah Peruntukan Bantuan Makanan Setahun Satu Kelas Prasekolah ;
                    = 25 orang x RM 1.80 x 200 hari.
                    = RM 9000.00

    Formula Kiraan ;
    Jumlah Peruntukan Bantuan Makanan Setahun Satu Kelas Prasekolah =
    Jumlah Murid x Jumlah Hari Persekolahan (200 hari) x Jumlah Peruntukan Bantuan Makanan(RM1.80)/murid

    Saluran Peruntukan ;
    • Makanan hendaklah disediakan oleh sekolah di atas kadar RM 1.80 sehari bagi setiap murid. Rujuk Pekeliling Kewangan Bil.6 Tahun 2002 : Perkara 3.1
    • Tuntutan hendaklah dibuat sekali setahun sebagaimana yang telah ditetapkan.
    • Menguruskan peruntukan pembelian makanan tambahan /bekalan bahan –bahan makanan dan minuman mengikut tatacara kewangan yang ditetapkan
    • Makanan mestilah seimbang dan mengikut menu.
    • Minuman yang mengandungi bahan pewarna adalah dilarang.
      B) PERUNTUKAN BANTUAN GERAN PER KAPITA (PCG)
      Manakala bantuan geran per kapita (PCG) setahun bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM100 seorang murid setahun. Peruntukan yang disediakan oleh KPM bagi sebuah kelas adalah sebanyak RM2,500.00 setiap kelas setahun (RM100 X 25 murid X 1 kelas). 

      Pengiraan Peruntukan Geran Per Kapita (PCG) ;
      Jumlah Murid Satu Kelas Prasekolah (Maksimun) = 25 orang.
      Jumlah Peruntukan Bantuan PCG Seorang Murid = RM 100.00.
      Jumlah Peruntukan Bantuan PCG Setahun Satu Kelas Prasekolah ;
                      = 25 orang x RM 100.00.
                      = RM 2500.00

      Formula Kiraan ;
      Jumlah Peruntukan Bantuan PCG Setahun Satu Kelas Prasekolah =
      Jumlah Murid x Jumlah Peruntukan Bantuan PCG (RM100.00)/murid

      Saluran Peruntukan ;
      Bantuan ini digunakan bagi membeli peralatan dan bahan habis pakai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, tujuan penggantian dan penyelenggaraan peralatan permainan, pembelian bahan rujukan dan sumber murid dan mengadakan aktiviti di luar bilik darjah.
      • Bantuan perkapita (PCG) akan diberi pada kadar RM 100 bagi setiap kanak-kanak setahun.
      • Rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002 - Lampiran B - Perkara A dan Lampiran C - Jadual 1.
      • Penggunaan wang perkapita adalah untuk pengurusan dan pentadbiran hal-hal berkaitan pembelajaran prasekolah sahaja.
      • Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
      • Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
      • Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape/CD dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
      • Program lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
      • Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.
      • Menguruskan peruntukan tambahan bagi aktiviti prasekolah mengikut aturan dan peraturan kewangan.
      • Sumber tambahan boleh menggunakan mana-mana wang peruntukan bantuan lain/SUWA sekolah untuk keperluan kelas prasekolah jika perlu.
      • Tiada yuran dikenakan ke atas murid prasekolah.

      C) PERUNTUKAN BANTUAN KOKURIA PRASEKOLAH
      Manakala bantuan kokuria prasekolah setahun bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM25 seorang murid setahun. Peruntukan yang disediakan oleh KPM bagi sebuah kelas adalah sebanyak RM 625.00 setiap kelas setahun (RM 25 X 25 murid X 1 kelas). 

      Pengiraan Peruntukan Kokuria Prasekolah ;
      Jumlah Murid Satu Kelas Prasekolah (Maksimun) = 25 orang.
      Jumlah Peruntukan Bantuan Kokuria Seorang Murid = RM 25.00.
      Jumlah Peruntukan Bantuan Kokuria Setahun Satu Kelas Prasekolah ;
                      = 25 orang x RM 25.00.
                      = RM 625.00

      Formula Kiraan ;
      Jumlah Peruntukan Bantuan Kokuria Setahun Satu Kelas Prasekolah =
      Jumlah Murid x Jumlah Peruntukan Bantuan Kokuria (RM25.00)/murid

      Saluran Peruntukan ;
      Bantuan ini digunakan bagi membantu dalam pengurusan aktiviti kokuria prasekolah seperti sukan, karnival pendidikan, graduasi, karnival bijak bahasa serta aktiviti luar bilik darjah seperti lawatan, proKAS dan sebagainya.

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...