Showing posts with label Prasekolah KPM. Show all posts
Showing posts with label Prasekolah KPM. Show all posts

Thursday, 10 January 2013

JOM MASUKKAN MAKLUMAT SMPK.. DAH MULA LA...

SMPK- Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan


Surat siaran mengenai SMPK telah diterima dengan rujukan surat JPNP.SPS.PRA.700-1/1/1(16) bertarikh 02 Januari 2013.

Sebaran maklumat mengenai SMPK Versi 2.0 di bawah inisiatif NKRA pendidikan tahun 2013 telah dinaiktaraf dan boleh dicapai melalui URL , http://www.smpk.my.

Semua jawatankuasa prasekolah peringkat sekolah diminta menyemak dan mengemaskini maklumat yang terdapat di dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) mulai 10 Januari 2013 (Khamis).

Segala masalah serta kesulitan mengenai SMPK tersebut bolehlah menghubungi Penyelia Prasekolah Daerah ATAU Encik Jafari bin Husain, Penyelia Prasekolah Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak Dan Prasekolah, JPN di talian 013-9382566.

Thursday, 22 December 2011

PIAWAIAN PRASEKOLAH

A. DALAMAN


1. KELAS PRASEKOLAH.

1.1 Pusat Pembelajaran.


Luas keseluruhan pusat pembelajaran ini bersamaan dengan luas sebuah bilik darjah ikut pelan muatan maksima pelajar seramai 25 orang. Ruangan ini dipecahkan kepada pusat-pusat pembelajaran dengan piawaian berikut :-

1) Pusat Bahasa dan Komunikasi : Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Bahan : 
  • Carta.
  • Buku cerita
  • Kad Gambar.
  • Kad Huruf.
  • Kad Suku Kata.
  • Hasil kerja murid.


2) Pusat Sains dan Teknologi : Sains, Matematik dan Teknologi Maklumat (ICT).

Bahan :
  • Akuarium.
  • Model haiwan.
  • Jam.
  • Kad gambar.
  • Kad nombor.
  • Carta.
  • Pembilang.
  • Hasil kerja murid.

3) Pusat Kerohanian, Sikap dan Nilai : Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Bahan :
  • Muqaddam/Al-Quran.
  • Carta bergambar.
  • Kad Huruf Hijaiyah.
  • Hasil Kerja Murid.

4) Pusat Perkembangan Fizikal dan Estetika : Fizikal dan Estetika.
Bahan :
  • Alat Muzik (Perkusi).
  • Model dari bahan terbuang.
  • Krayon.
  • Warna air.
  • Berus lukisan.
  • Hasil kerja murid.

5) Pusat Ketrampilan Diri : Perkembangan Sosioemosi.
Bahan :
  • Carta Sosioemosi.
  • Katil.
  • Almari.
  • Cermin.
  • Bakul sampah.
  • Penimbang Berat.
  • Ukuran Tinggi.
  • Hasil Kerja Murid.

6) Pusat Kemanusiaan : Alam Sekitar.
Bahan :
  • Tong sampah Kitar semula.
  • Pokok tanaman.
  • Haiwan peliharaan
  • Peralatan tradisional.
  • Hasil Kerja Murid.


1.2 Peralatan Dan Kelengkapan Dalam Kelas.
  • Papan Engsel.
  • Ruang Berkapet.
  • Kabinet.
  • Bangku Guru.
  • Rak Buku.
  • Almari rujukan.
  • Peti Pertolongan Cemas.
  • Rekod keluar masuk murid.
  • Rekod Pelawat.
  • Jadual Tugasan murid.
  • Pelan latihan kebakaran/kecemasan.




    2. RUANG PENYEDIAAN MAKANAN (DAPUR).
    • Label.
    • Kabinet ( Tempat menyimpan bahan kering).
    • Peti sejuk ( tempat menyimpan bahan basah).
    • Kaunter hidangan.
    • Dapur & Tong Gas.
    • Rak, Pinggan mangkuk, sudu & garfu.
    • Sinki.
    • Menu.
    • Apron & Tuala.
    • Tong Sampah.
    • Jadual tugasan pembantu pengurusan murid.
    • Lantai bertail dan bersih.
    • pendawaian.
    • Penyerap asap.




    3. RUANG TANDAS.
    • Label (Lelaki dan Perempuan).
    • Sinki.
    • Mangkuk Tandas.
    • Cermin mengikut saiz murid.
    • Lantai Berjubin.
    • Pelapik Getah.
    • Lubang Air Keluar.
    • Penyangkut Tuala.
    • Sabun.
    • Tuala.
    • Selipar.
    • Tong Sampah.
    • Mural dan keceriaan tandas.
    • Doa masuk dan keluar tandas.
    • jadual penyelenggaraan tandas.
    • Bersih, wangi dan selesa.




    4. TEMPAT WUDUK.
    • Empat paip jenis 'heavy duty'.
    • Lantai kemasan dengan jubin homogenouis.
    • Salur air.
    • Longkang berpenutup.
    • 'Grating' sepanjang tempat wuduk.
    • Saiz : 2m x 1.2m, berkaki/tapak : 50cm x 10cm x 2 m.

    5. LONGKANG BERPENUTUP.
    • Longkang sepenuhnya bertutup (grating).



    B. LUARAN.

    1. TAMAN PERMAINAN.

    1) Taman Permainan yang berpagar "CHAINLINK".
    • Pagar Dawai Rangkai berukuran 5'0" termasuk satu unit pintu pagar berukuran 3'0" x 5'0".
    2) Gelongsor.
    • Gentian palstik bermutu tinggi atau simen konkrit permukaan rata dan licin berukuran tinggi 1m x panjang 1.85m.
    • Kecerunan : Panjang 2.3m dan cerun 15 darjah mendarat.
    • Lurah gelongsor : Lebar 36cm dan tebal gelongsor 2-5cm.
    • Tapak mendarat : Alas getah lembut atau 'Rubber tile' ukuran 67cm x 78cm.
    • Tempat rehat(deck) : Keluasan 1.2m x 1.2m (Non Slip Polyvinyl Choloride - Pliatistol coating), Pagar (Galvanished Metal Component).
    • Tangga : Tinggi 1m, Jarak cerun tangga dari tiang tempat rehat 65cm ( 40-45 darjah), Anak tangga 4-5, lebar tangga 36cm dilangkapi dengan rill tangga.

    3) Jongkang-Jongkit.
    • Dibuat dari kayu keras atau mengguna jenis gentian plastik dari jenis bermutu tinggi dan cat tidak bertoksid.
    • Ukuran : panjang 3.6m, tinggi 45cm, lebar papan imbangan 20cm dan pemegang (handle bar) 66cm dari hujung papan imbangan.

    4) Palang Pepanjat (Monkey Bar)
    • Ukuran : Panjang 2.1m, tinggi 1.5m.
    • Mempunyai 7 palang di atas dan 3 anak tangga kiri dan kanan.
    • Jarak di antara setiap satu ialah 30cm diperbuat dari besi tidak karat dan cat tidak bertoksid serta disempurnakan sengan 'rubber tiles' atas alas lembut di keliling pepanjat ukuran 1m x 3m.

    5) Buaian/Ayunan.
    • Menggunakan besi atau jenis pasang siap diperbuat dari besi tidak karat dan cat tidak bertoksid.
    • Ukuran tinggi 2.1m dam mempunyai sangga tepi dengan keluasan sokongan 1.2m dari garisan tengah tiang dan jarak antara 2 tiang ialah 1.5m, Panjang 4.9m bagi 4 anak buai(jarak antara satu 50cm), Lebar ayunan 60cm dn panjang rantai/tali ayunan 1.8m (rantai bersalut getah).
    • Alas duduk getah tebal berbentuk U disempurnakan dengan 'rubber tiles' atas alas lembut dikeliling buaian ukuran 3m x 5 m.

    6) Terowong/Tiub Susupan.
    • Menggunakan gentian plastik jenis bermutu tinggi dan tidak mudah luntur, warna yang tidak mudah luntur.
    • Panjang 2.5m, jejari 60-90cm, berkaki dengan ketinggian 30cm dari permukaan tapak/tanah.
    • Mempunyai lubang udara di sisi (10 lubang: 5 sebelah), saiz jejari 10cm boleh berbentuk melengkung atau lurus.
    • Disempurnakan dengan 'rubber tiles' atas alas lembut di keliling tiub susupan ukuran 3m x 5m.

    7) Pondok.
    • Bagi aktiviti main peranan, perkembangan soioemosi dan juga perkembangan bahasa dan komunikasi.
    • Bahan kayu 2.5m x 2.5m x 2.1m tinggi berdinding separuh kayu larik atau simen (bebas) bentuk bebas.

    8) Tempat Main Air/Pasir Bertutup.
    • Tempat main pasir dibuat daripada konkrit simen dengan kemas jubin homogenouis atau gentian plastik bermutu tinggi.
    • Ukuran : tinggi 25m x lebar 1.2m.
    • Keliling tapak simen berjubin homogenouis : lebar 30cm x tebal 5 cm.
    • Bertutup dengan jaring (brc) dan terdapat saluran air keluar berbentuk bebas.
    • Tempat main air dibuat daripada konkrit simen dengan kemas jubin homogenouis atau gentian plastik bermutu tinggi.
    • Ukuran : tinggi 25m x lebar 1.2m.
    • Keliling tapak simen berjubin homogenouis : lebar 30cm x tebal 5 cm.
    • Dilengkapi dengan paip air ketinggian 30cm saluran air keluar (ada paip kawalan) dan berbentuk bebas.

    9) Trampolin.
    • Peralatan yang dibekalkan untuk permainan dalam kelas, bagi projek perluasan prasekolah bermula tahun 2002.

    10) Papan Imbang.
    • Kayu segi dan permukaan yang rata atau gentian plastik bermutu tinggi.
    • Ukuran: panjang 1.83m x 20cm dan tinggi 30cm & 45 cm.
    • Tapak penitian : tebal 10cm.

    11) Mini Basketball.
    • Peralatan yang dibekalkan untuk permainan dalam kelas, bagi projekperluasan prasekolah bermula tahun 2002.

    3.STOR.

    • Bilik/bangunan yang dibina teguh dari bahan kayu, simen dan atap beratap. Ukuran lebar 2.5m x panjang 2.5m x tinggi 2.1m berdinding dan berpintu.
    • Tetingkat penyimpanan barang 30cm x 1.8 sebelah dalam (kiri dan kanan) 4 tingkat, jarak antara satu tingkat 30cm.
    • Kaki lima stor; simen render, ukuran 45 cm sekeliling stor dan berbentuk bebas.

    Tuesday, 20 December 2011

    PEMILIHAN PRASEKOLAH KPM



    Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas-kelas prasekolah KPM ;

    • Warganegara Malaysia sahaja. Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidika (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar Dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998-PU(A)275/98 dan dipinda oleh PU(A)445/07.
    • Keutamaan kepada kanak-kanak yang berumur lima (5) hingga enam (6) tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.
    • Keutamaan pemilihan adalah berdasarkan merit pendapatan ibu bapa/penjaga berdasarkan tanggungan keluarga dan lokasi.
    • Jumlah maksimum bilangan murid bagi setiap kelas tidak melebihi 25 orang.
    • Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

    Friday, 16 December 2011

    BIDANG TUGAS PPM

    FUNGSI DAN PERANAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
    • Pembantu Pengurusan Murid  juga bertanggungjawab dalam mengawasi dan membantu kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti-aktiviti prasekolah sama ada di dalam atau di luar bilik
    • Pembantu Pengurusan Murid adalah juga sebagai contoh ikutan dan pengganti ibu bapa kepada kanak-kanak
    • Peranan utama pembantu pengurusan murid ialah membantu guru prasekolah dan menjadi fasilitator dalam menjalankan hal-hal yang berkaitan dengan asuhan dan bimbingan.


    BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID

    1) PENDAFTARAN MURID.
    • Menerima senarai nama murid yang Berjaya.
    • Menyemak dan melengkapkan maklumat murid.
    • Merekod maklumat dalam buku rekod pendaftaran murid dan buku rekod kedatangan.
    • Menyimpan maklumat murid dalam fail.
    • Menghantar sesalinan ke pejabat.

    2) PENYEDIAAN MAKANAN.
    • Menguruskan pembelian bahan mentah dan menyediakan makanan mengikut menu yang dirancang.
    • Meghidang makanan dengan kemas dan teratur serta melayan murid sewaktu makan.
    • Menyedia dan menghidang makanan serta minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
    • Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.

    3) MENGURUS KEBERSIHAN MURID.
    • Melayan karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.
    • Menjadi teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
    • Berbincang dengan guru tentang aspek kebersihan yang perlu diberi perhatian.
    • Memerhati setiap aspek kebersihan murid.
    • Membimbing murid tentang cara menjaga kebersihan.
    • Membuat pemantauan berterusan.

    4) PENGURUSAN FIZIKAL DAN KECERIAAN KELAS
    • Menerima arahan daripada guru.
    • Berbincang dengan guru tentang kebersihan fizikal dan keceriaan kelas.
    • Mengenal pasti kawasan yang perlu diambil tindakan di dalam dan luar kelas dari pelbagai aspek.
    • Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
    • Pemantauan dan pemerhatian tentang arahan yang diterima.
    • Pemantauan berterusan dilaksanakan.
    • Menyedia dan mengemas kelas sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci dan menjaga kebersihan kelas. 
    • Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

    5) PENGURUSAN KESIHATAN MURID
    • Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
    • Membantu murid dalam adab sebelum dan selepas makan seperti memastikan murid membaca doa, membasuh tangan dan menggosok gigi.
    • Menerima arahan daripada guru tentang penekanan aspek kesihatan.
    • Berbincang dengan guru tentang aspek kesihatan yang perlu diberi perhatian.
    • Menyemak rekod kesihatan murid dan fail peribadi.
    • Mengenalpasti tahap kesihatan murid.
    • Membimbing murid yang menghadapi masalah kesihatan.
    • Pemantauan berterusan dijalankan.

    6) PENGURUSAN ASPEK KESELAMATAN MURID
    • Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
    • Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah.
    • Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.
    • Menerima arahan daripada guru.
    • Berbincang dengan guru tentang keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas sekolah.
    • Sentiasa mengawasi tahap keselamatan murid.
    • Memberi bimbingan kepada murid tentang aspek keselamatan.
    • Pemantauan berterusan.

    7) PENGURUSAN PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBB)
    • Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid prasekolah.
    • Menerima arahan daripada guru.
    • Berbincang dengan guru tentang Bahan Bantu Belajar (BBB) yang perlu disediakan.
    • Mengenalpasti bahan yang diperlukan untuk membina BBB.
    • Menyediakan peralatan.
    • Membina Bahan Bantu Belajar (BBB).
    • Perbincangan dengan guru tentang kesesuaian BBB yang disediakan.
    • Penyerahan BBB kepada guru.

    8) PENGURUSAN MEMBANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
    • Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
    • Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi merancang bimbingan dan asuhan.
    • Membantu mewujudkan dan merancang naluri ingin tahu dan untuk meneroka dan menjelajah dikalangan murid prasekolah.
    • Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
    • Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
    • Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran.
    • Menerima arahan daripada guru.
    • Berbincang dengan guru tentang tugasan yang perlu dilaksanakan dalam P&P.
    • Menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan.
    • Melaksanakan tugasan yang diberikan.
    • Mengenalpasti sejauh mana keberkesanan dalam membantu P&P.
    • Melaksanakan tugas secara berterusan.

    9) PENGURUSAN FAIL DAN REKOD
    • Menerima arahan daripada guru.
    • Mengenalpasti fail dan rekod yang perlu disediakan.
    • Mendapatkan maklumat yang perlu difailkan.
    • Melaksanakan tugasan.
    • Menghantar sesalinan ke pejabat.
    • Simpan dalam fail dan rekod.

    10) PENGURUSAN STOK/INVENTORI/HARTA MODAL
    • Menerima arahan daripada guru.
    • Menerima barang atau peralatan.
    • Menetukan spesifikasi barang tersebut.
    • Merekod stok.
    • Merekod harta modal.
    • Merekod inventori pada barang atau peralatan tersebut.
    • Meletak di tempat yang sesuai.

    11) PENGURUSAN SURAT-MENYURAT
    • Menerima arahan daripada guru.
    • Merekod surat yang diterima.
    • Berbincang dengan guru tentang tindakan yang perlu diambil.
    • Menjawab surat.
    • Menghantar surat kepada pihak yang berkenaan.
    • Menyimpan sesalinan dalam fail.


    PERLAKSANAAN TUGASAN PPM

    A. TUGASAN HARIAN
    • Mencatat kehadiran serta mengambil rekod kehadiran murid di pejabat
    • Membuka kelas dan memastikan kelas selamat
    • Menyediakan persiapan minum pagi
    • Menyambut kedatangan murid
    • Mengawal dan mengurus murid sebelum kelas bermula
    • Membantu mencatat kehadiran murid setiap hari persekolahan
    • Memasak makanan
    • Membantu guru dalam P&P
    • Menyedia dan menghidang makanan
    • Mengawasi murid makan/gosok gigi (rehat)
    • Membantu guru dalam P&P
    • Membantu guru mengurus murid ketika pulang
    • Membantu mengawasi murid yang pulang lewat

    B. TUGAS MINGGUAN PPM
    • Menyapu sawang
    • Mencuci kipas angin
    • Mencuci tingkap
    • Mengemaskini stok bahan basah dan kering
    • Mengemas taman permainan
    • Mencuci peti sejuk
    • Mencuci tempat ambil wuduk
    • Membantu menguruskan proses pembekalan dan pembelian

    C. TUGAS BULANAN PPM
    • Mengemaskini stok inventori
    • Mencuci akuarium
    • Membantu menyediakan penyata perbelanjaan
    D. TUGAS SEMASA CUTI




    PAKAIAN PRASEKOLAH


    PERSEDIAAN UNIFORM MURID PRASEKOLAH
    • Baju T berkolar – pilihan warna mengikut keputusan Jawatankuasa daerah.
    • Seluar / blouse – warna biru gelap.
    • Kasut / sarung kaki – warna putih.
    • Pakaian Sukan yang sesuai.

    PERUNTUKAN PRASEKOLAH

    BANTUAN PRASEKOLAH KPM


    Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan dua jenis bantuan kepada murid prasekolah iaitu :-


    1. Bantuan Kewangan Makanan Murid Prasekolah.
    2. Bantuan Per Kapita (PCG) Murid Prasekolah.


    Bermula tahun 2011, satu bantuan tambahan bagi murid prasekolah iaitu Bantuan Peruntukan Kokuria Prasekolah.


    A) PERUNTUKAN BANTUAN MAKANAN MURID PRASEKOLAH
    Peruntukan bantuan makanan bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM1.80 seorang murid sehari. Bantuan makan ini hanya boleh dibelanjakan bagi membekalkan makanan berkhasiat kepada murid prasekolah sahaja.

    Peruntukan Bantuan Makanan yang diperlukan bagi seorang murid adalah sebanyak RM360.00 setahun (RM1.80 X 1 murid X 200 hari) dan bagi sebuah kelas seramai 25 orang murid, peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM 9000.00 setahun (RM360.00 x 25 murid x 200 hari).

    Pengiraan Peruntukan Bantuan Makanan ;
    Jumlah Murid Satu Kelas Prasekolah (Maksimun) = 25 orang.
    Jumlah Hari Persekolahan Setahun = 200 hari.
    Jumlah Peruntukan Bantuan Makanan Seorang Murid = RM 1.80.
    Jumlah Peruntukan Bantuan Makanan Setahun Satu Kelas Prasekolah ;
                    = 25 orang x RM 1.80 x 200 hari.
                    = RM 9000.00

    Formula Kiraan ;
    Jumlah Peruntukan Bantuan Makanan Setahun Satu Kelas Prasekolah =
    Jumlah Murid x Jumlah Hari Persekolahan (200 hari) x Jumlah Peruntukan Bantuan Makanan(RM1.80)/murid

    Saluran Peruntukan ;
    • Makanan hendaklah disediakan oleh sekolah di atas kadar RM 1.80 sehari bagi setiap murid. Rujuk Pekeliling Kewangan Bil.6 Tahun 2002 : Perkara 3.1
    • Tuntutan hendaklah dibuat sekali setahun sebagaimana yang telah ditetapkan.
    • Menguruskan peruntukan pembelian makanan tambahan /bekalan bahan –bahan makanan dan minuman mengikut tatacara kewangan yang ditetapkan
    • Makanan mestilah seimbang dan mengikut menu.
    • Minuman yang mengandungi bahan pewarna adalah dilarang.
      B) PERUNTUKAN BANTUAN GERAN PER KAPITA (PCG)
      Manakala bantuan geran per kapita (PCG) setahun bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM100 seorang murid setahun. Peruntukan yang disediakan oleh KPM bagi sebuah kelas adalah sebanyak RM2,500.00 setiap kelas setahun (RM100 X 25 murid X 1 kelas). 

      Pengiraan Peruntukan Geran Per Kapita (PCG) ;
      Jumlah Murid Satu Kelas Prasekolah (Maksimun) = 25 orang.
      Jumlah Peruntukan Bantuan PCG Seorang Murid = RM 100.00.
      Jumlah Peruntukan Bantuan PCG Setahun Satu Kelas Prasekolah ;
                      = 25 orang x RM 100.00.
                      = RM 2500.00

      Formula Kiraan ;
      Jumlah Peruntukan Bantuan PCG Setahun Satu Kelas Prasekolah =
      Jumlah Murid x Jumlah Peruntukan Bantuan PCG (RM100.00)/murid

      Saluran Peruntukan ;
      Bantuan ini digunakan bagi membeli peralatan dan bahan habis pakai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, tujuan penggantian dan penyelenggaraan peralatan permainan, pembelian bahan rujukan dan sumber murid dan mengadakan aktiviti di luar bilik darjah.
      • Bantuan perkapita (PCG) akan diberi pada kadar RM 100 bagi setiap kanak-kanak setahun.
      • Rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002 - Lampiran B - Perkara A dan Lampiran C - Jadual 1.
      • Penggunaan wang perkapita adalah untuk pengurusan dan pentadbiran hal-hal berkaitan pembelajaran prasekolah sahaja.
      • Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
      • Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
      • Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape/CD dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
      • Program lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
      • Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.
      • Menguruskan peruntukan tambahan bagi aktiviti prasekolah mengikut aturan dan peraturan kewangan.
      • Sumber tambahan boleh menggunakan mana-mana wang peruntukan bantuan lain/SUWA sekolah untuk keperluan kelas prasekolah jika perlu.
      • Tiada yuran dikenakan ke atas murid prasekolah.

      C) PERUNTUKAN BANTUAN KOKURIA PRASEKOLAH
      Manakala bantuan kokuria prasekolah setahun bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM25 seorang murid setahun. Peruntukan yang disediakan oleh KPM bagi sebuah kelas adalah sebanyak RM 625.00 setiap kelas setahun (RM 25 X 25 murid X 1 kelas). 

      Pengiraan Peruntukan Kokuria Prasekolah ;
      Jumlah Murid Satu Kelas Prasekolah (Maksimun) = 25 orang.
      Jumlah Peruntukan Bantuan Kokuria Seorang Murid = RM 25.00.
      Jumlah Peruntukan Bantuan Kokuria Setahun Satu Kelas Prasekolah ;
                      = 25 orang x RM 25.00.
                      = RM 625.00

      Formula Kiraan ;
      Jumlah Peruntukan Bantuan Kokuria Setahun Satu Kelas Prasekolah =
      Jumlah Murid x Jumlah Peruntukan Bantuan Kokuria (RM25.00)/murid

      Saluran Peruntukan ;
      Bantuan ini digunakan bagi membantu dalam pengurusan aktiviti kokuria prasekolah seperti sukan, karnival pendidikan, graduasi, karnival bijak bahasa serta aktiviti luar bilik darjah seperti lawatan, proKAS dan sebagainya.

      Thursday, 15 December 2011

      JADUAL PRASEKOLAH

      PERUNTUKAN MASA DALAM PRASEKOLAH MENGIKUT KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN


      Peruntukan Masa Minimum yang perlu dipatuhi :-
      1. Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 4 jam sehari ( termasuk waktu rehat ) iaitu 20 jam satu minggu untuk kanak-kanak berumur 5+.
      2. Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya tiga setangah jam sehari ( termasuk waktu rehat ) iaitu sejumlah 17 ½ jam satu minggu untuk kanak-kanak berumur 4+.
      3. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa pengajaran sekurang-kurangnya 10 jam ( 600 minit ) seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
      4. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa pengajaran sekurang-kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
      5. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa pengajaran sekurang-kurangnya 10 jam ( 600 minit ) seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
      6. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa pengajaran sekurang-kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
      7. Jika di dalam sesuatau tadika terdapat lima orang murid atau lebih yang beragama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang bertauliah, sekurang-kurangnya dua jam seminggu.
      8. Jika di dalam sesuatu tadika terdapat lima orang murid atau lebih yang bukan menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya dua jam seminggu.

      PERUNTUKAN MASA BAGI PRASEKOLAH


      MODUL

      % PERUNTUKAN MASA



      TERAS ASAS

      BAHASA
      BM

      Fleksibel
      ( Awal Tahun : 35 % )
      ( Akhir Tahun : 25 % )
      BI
      BC / BT
      MATEMATIK
      AKTIVITI LUAR
      PENDIDIKAN ISLAM / MORAL


      BERTEMA


      MODUL BERSEPADU

      Fleksibel
      ( Awal Tahun : 35 % )
      ( Akhir Tahun : 45 % )
      AKTIVITI RUTIN DAN PERBUALAN PAGI
      ( Baca Doa, Makan, refleksi )


      PERUNTUKAN MASA SEMINGGU ; SK (AWAL TAHUN)
        
      BIL.
      PENGISIAN P&P
      PERUNTUKAN MASA
      %
      AKTIVITI RUTIN
      1.
      Rutin Pagi
      50 minit
      ( BM : 3 hari x 10 min )
      ( BI : 2 hari x 10 min )






      30%
      2.
      Perbualan Pagi
      100 minit
      ( BM : 3 hari x 20 min )
      ( BI : 2 hari x 20 min )
      3.
      Rehat
      150 minit
      ( BM : 3 hari x 30 min )
      ( BI : 2 hari x 30 min )
      4.
      Refleksi sebelum balik
      50 minit
      ( BM : 3 hari x 10 min )
      ( BI : 2 hari x 10 min )
      JUMLAH
      350 minit
      MODUL ASAS
      5.
      Bahasa Malaysia
      90 minit





      35%
      6.
      Bahasa Inggeris
      90 minit
      7.
      Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
      120 minit
      8.
      Aktiviti Luar
      80 minit
      ( BM : 40 min )
      ( BI : 40 min )
      9.
      Matematik
      40 minit
      ( BM : 40 min )
      JUMLAH
      420 minit
      MODUL BERTEMA
      10.
      Modul bersepadu merangkumi elemen-elemen dalam keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidikan moral dan matematik.
      430 minit
      ( BM : 100 minit )
      ( BI : 330 minit )

      35%
      JUMLAH MINIT SEMINGGU
      1200
      100%

      PERUNTUKAN MASA SEMINGGU ; SK (AKHIR TAHUN)

      BIL.
      PENGISIAN P&P
      PERUNTUKAN MASA
      %
      AKTIVITI RUTIN
      1.
      Rutin Pagi
      50 minit
      ( BM : 3 hari x 10 min )
      ( BI : 2 hari x 10 min )






      30%
      2.
      Perbualan Pagi
      100 minit
      ( BM : 3 hari x 20 min )
      ( BI : 2 hari x 20 min )
      3.
      Rehat
      150 minit
      ( BM : 3 hari x 30 min )
      ( BI : 2 hari x 30 min )
      4.
      Refleksi sebelum balik
      50 minit
      ( BM : 3 hari x 10 min )
      ( BI : 2 hari x 10 min )
      JUMLAH
      350 minit
      MODUL ASAS
      5.
      Bahasa Malaysia
      40 minit





      26%
      6.
      Bahasa Inggeris
      40 minit
      7.
      Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
      120 minit
      8.
      Aktiviti Luar
      80 minit
      ( BM : 40 min )
      ( BI : 40 min )
      9.
      Matematik
      40 minit
      ( BM : 40 min )
      JUMLAH
      320 minit
      MODUL BERTEMA
      10.
      Modul bersepadu merangkumi elemen-elemen dalam keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidikan moral dan matematik.
      530 minit
      ( BM : 150 min )
      ( BI : 380 min )

      44%
      JUMLAH MINIT SEMINGGU
      1200
      100%

      PERUNTUKAN MASA SEMINGGU (AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN)

      BIL.
      BAHASA INSTRUKSIONAL
      PERUNTUKAN MASA MINIMUM SEMINGGU UNTUK KELAS PRASEKOLAH YANG BAHASA PENGANTARNYA :
      ( MINIT )
      BAHASA MALAYSIA
      BAHASA PENGANTAR LAIN
      1.
      Bahasa Malaysia
      600
      400
      2.
      Bahasa Inggeris
      600
      400
      3.
      Bahasa Cina / Bahasa Tamil / Bahasa Inggeris
      -
      400
      JUMLAH
      1200
      1200

      PERUNTUKAN MASA SEMINGGU ; SK (AWAL TAHUN)

      BIL.
      MODUL
      PERUNTUKAN MASA SEMINGGU
      DIJALANKAN DALAM
      BAHASA MALAYSIA
      DIJALANKAN DALAM
      BAHASA INGGERIS
      1.
      Rutin Pagi
      30 min
      20 min
      2.
      Perbualan Pagi
      60 min
      40 min
      3.
      Rehat
      90 min
      60 min
      4.
      Refleksi sebelum balik
      30 min
      20 min
      5.
      Modul Teras Asas
      90 min
      90 min
      6.
      Modul Bertema
      100 min
      330 min
      7.
      Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
      120 min
      -
      8.
      Aktiviti Luar
      40 min
      40 min
      9.
      Matematik
      40 min
      -

      JUMLAH MINIT SEMINGGU

      600 min

      600 min

      PERUNTUKAN MASA SEMINGGU ; SK (AKHIR TAHUN)

      BIL.
      MODUL
      PERUNTUKAN MASA SEMINGGU
      DIJALANKAN DALAM
      BAHASA MALAYSIA
      DIJALANKAN DALAM
      BAHASA INGGERIS
      1.
      Rutin Pagi
      30 min
      20 min
      2.
      Perbualan Pagi
      60 min
      40 min
      3.
      Rehat
      90 min
      60 min
      4.
      Refleksi sebelum balik
      30 min
      20 min
      5.
      Modul Teras Asas
      40 min
      40 min
      6.
      Modul Bertema
      150 min
      380 min
      7.
      Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
      120 min
      -
      8.
      Aktiviti Luar
      40 min
      40 min
      9.
      Matematik
      40 min
      -

      JUMLAH MINIT SEMINGGU

      600 min

      600 min

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...